PAS DAN JUDI, ANTARA HUKUM ALLAH DAN NIKMAT DUNIA YANG SAYANG DILEPASKAN

 

Isu judi yang kini timbul semula berikutan jawapan Kementerian Kewangan kepada soalan yang ditanyakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar di Dewan Rakyat nampaknya benar-benar membuatkan Pas berpeluh dibuatnya.

Dalam soalannya lisan itu Mahfuz bertanya kepada Menteri Kewangan, berapakah jumlah cabutan khas yang dibenarkan kerajaan bagi tahun 2021 kepada syarikat-syarikat judi dan jawapan yang diberi ialah sebanyak 22 kali.

Jawapan itu bermakna, termasuk cabutan biasa yang mungkin tiga atau empat kali semingu, di tambah dengan 22 kali cabutan khas setahun, jumlah kekerapan untuk pemabuk-pemabuk judi mencuba nasib bagi jadi kaya dalam setahun hampir mencecah 200 kali banyaknya.

Wowww…dengan setahun ada 365 hari dan disediakan hampir 200 kali untuk perjuangan bagi kaki-kaki judi memeriahkan kehidupan mereka, apakah layak kerajaan yang ada ini dinamakan kerajaan Melayu Islam?

Mahu tidak mahu, dengan jawapan Menteri Kewangan dan jumlah cabutan khas judi yang kerap itu, Pas yang konon memperjuangkan Islam dan berada dalam kerajaan inilah yang paling terkesan sekali.

Lalu, apa sebenarnya peranan Pas dari segi memperjuangkan Islam dalam kerajaan Melayu Islam ini?

Tambahan lagi, jumlah kekerapan cabutan khas 22 kali setahun itu adalah tinggalan era BN yang kemudian dikurangkan kepada 11 kali pada 2019, seterusnya 8 kali pada 2020 iaitu ketika negara diambil alih oleh PH.

Fakta yang membingungkan di sini, kenapa kerajaan Melayu Islam sekarang kembali kepada tinggalan era BN dan tidak mencontohi amalan PH yang mengurangkannya, walau dituduh PH bukan kerajaan yang memperjuangkan Islam?

Kerajaan mana dan parti mana yang tidak Islamik sebenarnya?

Walaupun pada peringkat awalnya ada pemimpin Pas yang cuba berhujah bahawa keputusan itu bukan dibuat oleh Pas, Pas tidak berkuasa penuh dalam kerajaan, judi hanya untuk bukan Islam dan pelbagai jawapan lain yang senada dengannya, tetapi dengan kecaman berterusan daripada rakyat, Pas akhirnya tunduk juga.

Ia kemudian menyebabkan ada pemimpin Pas lain yang secara terbuka membuat bantahan kepada kerajaan, bertegas mahu Kementerian Kewangan menarik balik kelulusan tersebut serta menyifatkan ianya tidak wajar dilaksanakan.

Nik Abduh Nik Aziz, Ahli Parlimen Bachok malah berkata, kerajaan sepatutnya hanya mengekalkan cabutan khas 8 kali setahun sebagaimana dilakukan PH sebelum ini dan bukan berundur ke belakang dengan meningkatkannya semula kepada 22 kali.

Bagi yang biasa mendengar ceramah-ceramah pemimpin Pas sejak sekian lama pasti menyedari isu judi adalah isu yang sering dimainkan mereka untuk menyerang serta memperlekeh kerajaan.

Meski judi adalah difahami untuk orang bukan Islam, tetapi Pas bertegas ingin mengharamkannya, bahkan dalam sebuah khutbah, Hadi Awang pernah berkata, “mereka yang melakukan amalan judi, menggalakkan judi dan membenarkan judi adalah mereka yang menentang Allah, bermusuh dengan Allah dan bermusuh dengan Islam.”

Video Hadi Awang itu boleh ditonton di bawah ini:-

Video Player
00:00
01:57

Jika setelah berada dalam kerajaan sekarang Pas sedar bahawa judi hanya untuk orang bukan Islam, kenapa sebelum ini mereka menentang dan ingin menghapuskannya?

Kalau Pas berhujah bukan mereka yang membuat keputusan berkaitan judi dan Pas tidak berkuasa penuh dalam kerajaan, lalu tidak berupaya untuk menghapus atau mengurangkan judi, bagaimana dengan kebersamaan mereka dalam kerajaan yang jelas menggalak dan membenarkan aktiviti judi?

Apakah golongan itu masih merupakan golongan yang menentang Allah, bermusuh dengan Allah dan bermusuh dengan Islam?

Maka, apa sebetulnya kuasa Pas dalam kerajaan Melayu Islam ini, kalau pun tidak mampu menghapuskan sama sekali judi, tetapi setidak-tidaknya berupaya mengurangkannya?

Kiranya Pas benar-benar memperjuangkan Islam, tidak menentang Allah, tidak mahu bermusuh dengan Allah dan tidak mahu bermusuh dengan Islam sebagaimana itulah tarbiah yang diterapkan selama ini, itu pun kalau mereka tidak berubah kepada lebih sayangkan jawatan atau kedudukan dunia melebihi segala-galanya, langkah yang boleh dan patut diambil oleh parti itu ialah mengugut untuk menarik sokongan atau keluar daripada kerajaan melainkan tuntutan mereka, setidak-tidaknya untuk mengurangkan judi dapat dipenuhi.

Tetapi, kenapa Pas tidak melakukannya dan kenapa juga pemimpin-pemimpin utamanya yang berjawatan menteri atau bertaraf menteri senyap begitu saja dalam isu judi ini, sebaliknya yang timbul bersuara hanya pemimpin di lapisan kedua dan ketiga?

Hmmmmmm…..sayang Allah atau sayangkan jawatan dunia? 


(ShahbudinHusin 24/09/2021)



No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

Pakatan Harapan: Pembentangan Bajet PH Kepada Media