KENYATAAN MALU ALAH…

 

malaysiakini.com
'Jangan cemari usaha, doa jauhi pandemik dengan 22 cabutan khas judi'
Dewan Ulamak PAS Pusat mendesak Kementerian Kewangan mempertimbangkan semula kebenaran peningkatan kekerapan cabutan khas nombor ramalan tahun ini.

'Jangan cemari usaha, doa jauhi pandemik dengan 22 cabutan khas judi'


BOB KELANANG


Benda ni bukan baharu... dah beberapa hari... sepatutnya seusai kenyataan dari Menteri Kewangan itu dikeluarkan dan diwarwarkan media massa... masa tu jugak la kenyataan membantah dibuat... tak perlu nak tunggu masa yang lama... xperlu nak meeting bagai... sebab benda ni isu dah lama... isu yang PAS sendiri pun lantang menyuarakan satu masa dahulu... jadi xlogik gak macam teragak-agak nak keluar kenyataan...

Apa yang aku nampak... kenyataan yang diberikan setelah beberapa hari isu ini berlegar adalah semata-masa kerana dah malu alah... orang sana sini dok bercerita... dok hinggaq... so... bila senyap sunyi ada rasa malu aaa time orang dok asyik tanya... maka terpaksalah keluar kenyataan malu alah camni...

KOH KOH KOH... lawak siot..

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Mohd Nor Hamzah menempelak kebenaran diberi kerajaan pusat kepada syarikat judi melakukan 22 cabutan khas bagi tahun ini.

"Saya bagi pihak DUPP mendesak Kementerian Kewangan untuk mempertimbangkan semula untuk membenarkan peningkatan kekerapan cabutan khas nombor ramalan pada tahun ini sebagaimana yang telah diumumkan.

"Jangan dicemari usaha dan doa kita kepada Allah SWT agar dijauhi dari ujian pandemik Covid-19 dengan membenarkan perkara mungkar ini.

"Saya minta tindakan segera diambil dengan menamatkan sektor perjudian nombor ramalan dalam Keluarga Malaysia yang kita kasihi ini,"