81.8 peratus populasi dewasa lengkap dos vaksin COVID-19


Astro Awani
81.8 peratus populasi dewasa lengkap dos vaksin COVID-19
Sejumlah 0.8 peratus populasi remaja sudah melengkapkan dua dos vaksin setakat ini. -Gambar fail
SASARAN untuk mencapai imuniti kelompok dalam kalangan populasi dewasa dalam negara semakin hampir.
Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) mendedahkan sehingga Khamis, 81.8 peratus populasi dewasa atau 19.18 juta individu telah melengkapkan vaksinasi mereka.
Data itu turut mendedahkan sejumlah 326,612 dos suntikan vaksin diberikan pada Khamis.
Daripada jumlah itu 194,050 adalah bagi dos kedua sementara 132,562 lagi adalah bagi dos pertama.
Penambahan vaksin harian ini juga turut menyaksikan 0.8 peratus populasi remaja sudah melengkapkan dua dos vaksin.
Manakala dos pertama bagi populasi remaja pula adalah sebanyak 19.2 peratus.
Ia menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin ini melebihi 41.573 juta.
Bagi peratusan keseluruhan populasi, 58.7 peratus sudah melengkapkan vaksinasi dengan 68.8 peratus sudah menerima satu dos suntikan.

No comments: