Adik Sajat mohon agar abangnya diberi sekali lagi peluang
Isnin lalu, kehilangan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat terjawab apabila dia dilaporkan ditangkap pihak imigresen Thailand. Sajat walaubagaimanapun telah bebas dengan jaminan dan perlu melaporkan diri ke pejabat Imigresen negara itu setiap 14 hari.
Terbaru, adik kepada usahawan itu, Nur Mustika ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia dan keluarga hanya mampu berdoa semoga Sajat kuat menempuh ujian hidup.
Kali terakhir dia bertemu Sajat adalah pada Februari lalu sebelum dia menghilangkan diri. Ketika itu, Mustika sempat menegur mengenai tindakannya yang menimbulkan kontroversi.
Apapun saya boleh katakan, sebagai manusia, Ajad seorang yang baik, bertanggungjawab dan sangat suka membantu orang.
Sebagai seorang adik, Mustika berharap orang ramai tidak hanya menghukum atau melabel Sajat teruk atau sebagainya.
Instafamous berusia 33 tahun ini turut memohon Sajat diberikan dorongan supaya semua kesilapan sempat diperbetulkan.
Saya juga harap dia sempat diberi satu lagi peluang kerana sepanjang hidupnya, dia adalah seorang yang baik, anak yang patuh dan seorang yang taat.
Saya minta masyarakat dan sesiapa juga yang mengikuti perkembangan Ajad untuk mendoakan kebaikan untuk dirinya seperti mana kami sekeluarga mendoakan semua.
Dia mengaku ujian yang melanda ini sesuatu yang sangat berat untuk mereka sekeluarga. Dia sendiri mengetahui mengenai perkembangan Sajat menerusi laporan media beberapa hari lalu.
Sebelum ini bila dia ditahan, ada bukti gambar dan video, jadi mana buktinya?
Saya juga menerima terlalu banyak pertanyaan mengenai keadaan dia namun saya tidak boleh komen kerana saya tidak tahu.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan Sajat yang kini memiliki kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) sedang memohon untuk berpindah ke Australia.
Dia memberi alasan diburu pihak berkuasa Malaysia dan diugut bunuh kerana umum keluar Islam.