Bakal ubah landskap politik Terengganu.
Atas kesedaran betapa banyaknya kelamahan dan kegagalan kerajaan Pas Terengganu sejak memerintah negeri itu telah membuka minda para intelektual, penggerak masyarakat dan asatizah untuk membentuk sebuah gerakan NGO bagi menyatupadukan rakyat dan membuka landskap politik baru di negeri Terengganu.
NGO itu dinamakan Muafakat Terangganu Baru (MTB) yang merupakan gabungan idea dan tenaga para asatizah dan professional dari pelbagai profesyen, peguam, pendidik, arkitek, jurutera, doktor dan sebagainya.
NGO ini disamping menjadi pemudah cara dalam membantu kerajaan Madani menyalurkan bantuan kepada masyarakat, ia bertindak mencari soluasi untuk mengeratkan hubungan kerjasama Terengganu dengan kerajaan Persekutuan yang sekarang ini sedikit bermasalah sehingga menyukarkan kerajaan untuk melaksanakan dasar dan polisi kebajikan membantu rakyat di negeri itu.
Dengan adanya NGO ini banyak solusi yang akan dicapai untuk dilaksanakan kerajaan Madani demi kepentingan rakyat Terengganu bagi menambah apa yang dilakukan setakat ini yang dilihat tidak mendapat kerjasama sepatutnya.
Ngo ini ini juga akan memaksiumkan masalah pergeseran disebabkan fahaman politik, perpecahan disebabkan politiking atau salah dalam menterjemahkan pengertian politik kepada rakyat bawahan.
Individu atau kumpulan terlibat dalam NGO ini terdiri daripada veteran dari pelbagai lapisan masyarakat, pimpinan masyarakat, pendakwah bebas, bekas calon pilihan raya, bekas wakil rakyat termasuk pernah menjadi Exco kerajaan Terengganu setengahnya sudah ada pengalaman luas menguruskan kerajaan.
Selain itu ia turut sama membabitkan teknokrat di peringkat negeri dan nasional yang berasal dari Terengganu yang sangat komited dengan Terengganu.
Menurut jurucakapnya sdr Zubir Mohamad yang juga selaku pengerusi, MTB ini dibentuk di setiap kawasan parlimen di Terengganu yang mempunyai lapan kawasan yang dipengerusikan seorang pengerusi dan jawatanjuasa masing-masing.
Menurutnya sebaik pembentukan ini selesai ia akan diumumkan secara rasmi dalam suatu majlis peluncuran nanti.
Menurut Zubir sejak idea mewujudkan MTB ini diwar warkan, ia mendapat sambutan dari kalangan rakyat, ini terbukti bila mana disetiap majlis dialog penubuhan diperingkat parlimen diadakan mendapat sambutan hangat orang ramai, dan semua kawasan parlimen sudah ditubuh.
Menurut Zubir lagi satu konvensyen bertemakan “Terengganu Baru dan Masa Depan Gemilang” sedang dirancangkan dan bakal dirasmikan oleh seorang tokoh terkenal. Trims.