APA PUNYA PARTI. ORANG DAH TOLONG KEMPEN, SALAH SIKIT NAK PECAT ???? AKAI TAK DAK


Mana sikap berjuang dan melawan PKR ? Kalau ahli di tahan apakah parti akan bela. Kalau yang berjuang pun macam ini dilakukan. Macamana yang di bawah bawah kalau kena? Ini kata parti pejuang??Orang akan perlekeh kan kamu kalau ini yang kamu pejuangkan selama ini. Salah besarkah beliau kerana mahu menyampaikan hasrat rakyat. ?Bela lah, berjuang lah dah nama pun parti perjuangan demi keadilan. Poooodah...WRLR.


PATUT EZAM, RAFIZI BLAH....INI PUN DAH DILIHAT TAK BETUL.


May be an image of 1 person and text that says "MAHASISWA KEADILAN Solidariti Bersama Iswardy Morni"


Solidariti untuk Iswardy Morni

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) cakna akan isu yang hangat dibualkan ketika ini iaitu tindakan yang diambil oleh pihak PDRM terhadap Saudara Iswardy Morni. Tindakan yang diambil terhadap beliau adalah atas asas pandangan dan permintaan beliau terhadap YDPA di dalam sesi langsung yang dianjurkan.

Perkara ini telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan MPP Mahsiswa Keadilan terhadap reman yg dikenakan kepada beliau di bawah Akta Hasutan 1948. Umum mengetahui bahawa akta ini secara harfiahnya bersifat menekan. Disebabkan itu, akta ini boleh digunakan oleh sesiapa yang berkuasa untuk menidakkan perbezaan pandangan yang dilontarkan kepada pemerintah. Mesej yang cuba disampaikan beliau jelas iaitu suara derita dan ketidakpuasan hati rakyat di atas kegagalan negara pada ketika ini dalam menangani isu Pandemik COVID19 .

Oleh itu, tindakan yang di ambil oleh pihak PDRM terhadap beliau adalah tidak wajar. Hal ini kerana, Malaysia menjunjung penuh ruang kebebasan bersuara rakyat bagi memberi pandangan demi kebaikan bersama.

Majlis Pimpinan Pusat

Mahasiswa Keadilan Malaysia

30 Mei 2021

 

No comments: