KAH..KAH..KAH DAH KENA PECAT RUPANYA.BARU DEDAH TEMBELANG Pengerusi LGM akui ditamatkan kontrak, akui skandal tanah LGM?

 

Gempar !!! Pengerusi LGM akui ditamatkan kontrak, akui skandal tanah LGM?
SEDAR Malaysia begitu terperanjat dengan kenyataan media oleh YB Dato’ Ahmad Nazlan Idris yang mengakui beberapa perkara yang didedahkan oleh kami adalah berasas.

Kami tidak tahu yang beliau telah ditamatkan kontrak sebagai Pengerusi LGM. Kami juga amat terperanjat dengan pendedahan yang beliau telah berkongsi dengan Perdana Menteri mengenai isu yang melanda LGM tetapi sehingga hari ini nampaknya tiada tindakan. Ianya mengingatkan kita semua bagaimana Mantan IGP Hamid Bador yang turut mendedahkan kepada umum, Perdana Menteri telah dimaklum berkenaan campur tangan Menteri KDN yang tidak patut berlaku. Ini telah meyakinkan kami yang Perdana Menteri kita tidak mampu membetulkan apa yang salah.

SEDAR Malaysia masih mempunyai beberapa persoalan yang ingin diajukan kepada YB Menteri Khairuddin at-Takiri dan YB Nazlan, namun dengan status terkini YB Nazlan ianya jelas yang isu LGM ini tidak lagi boleh dipanjangkan dan tindakan segera mesti diambil.

SEDAR Malaysia memang tidak berniat untuk membuat laporan ke SPRM kerana kami tidak percaya yang SPRM akan bertindak. Ini adalah kerana sejak beberapa tahun ini kami melihat bagaimana tindak tanduk SPRM telah menimbulkan persepsi negatif di kalangan rakyat.

Rancangan awal kami ialah selepas tujuh hari mempersoalkan bertalu-talu isu berkenaan LGM kami akan membuat aduan ke Jawatankuasa Akaun Awam oleh Parlimen atau PAC. Ianya diwakili oleh Ahli Parlimen dari pelbagai pihak. Kita maklum Parlimen dihalang dari bersidang, walaupun YDPA telah bertitah boleh bersidang. Kita juga maklum oleh itu PAC tidak dapat menjalankan tugasnya buat masa ini. Namun kami yakin bila tiba masanya PAC boleh memastikan segala pendedahan dan soalan-soalan kami terjawab.

Oleh kerana isu LGM ini telah menjadi satu skandal yang begitu besar dan tidak boleh dilengahkan lagi, kami akan menghubungi Pengerusi PAC YB Wong Kah Woh secepat mungkin untuk mengaturkan mesyuarat rasmi berkenaan isu ini.

Kami juga telah menerima banyak maklumat berkenaan beberapa lagi salah laku oleh YB Menteri Khairuddin at-Takiri dan beberapa menteri yang lain. Kami sedang meneliti fakta-fakta yang diberikan.

Jika kami yakin ada asas fakta-fakta yang diberikan itu, kami akan terus bersuara dan tidak akan gentar jika kami diugut dengan apa cara sekalipun. Tanggung jawab kami ialah memastikan adanya semak dan imbang tidak kisahlah siapa yang menjadi kerajaan.

Pautan catatan pertama berkenaan isu LGM
https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/960700927811064
Pautan catatan kedua berkenaan isu LGM
https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/961160644431759
Pautan catatan ketiga berkenaan isu LGM
https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/961749977706159
Pautan catatan keempat berkenaan isu LGM
https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/962327594315064

May be an image of text

Sumber: