BILA AGAKNYA DAPAT MENGADAP?

 

W.FAUDZIN


May be an image of 1 person and text that says "BH ONLINE NASIONAL Petisyen tamat darurat: YDPA berkenan terima menghadap Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my April 22, 2021 @ 4:07pm SI 0A0 NG DIA BH ERU Pengerusi Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat, Khalid Abd Samad."
Muhammed Syawal Jaafar, Irasama Kamal and 65 others
9 comments
3 shares



BILA AGAKNYA DAPAT MENGADAP?

Pada April yang lalu, dikhabarkan pihak istana telah berkenan untuk menerima mengadap Jawatankuasa Merayu Penamatan Darurat, cuma tarikh belum ditetapkan.

Kita telah memasuki ke bulan Jun sekarang dan masih belum menerima perkhabaran baik dari Istana. Semoga apa yang dijanjikan itu dapat ditunaikan kerana rakyat memang dalam keadaan gelisah dan susah sekarang.

____________________________________________

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk menerima menghadap Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusinya merangkap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad dalam satu kenyataan, hari ini.

Khalid bagaimanapun berkata, tarikh untuk jawatankuasa itu menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahkan petisyen merayu supaya darurat ditamatkan, belum ditetapkan.

"Sukacita dimaklumkan bahawa, pagi ini saya telah menerima warkah dari Istana Negara yang memaklumkan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong bersetuju menerima menghadap Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat untuk menyerah petisyen untuk merayu agar darurat ditamatkan.

"Walaupun tarikh untuk menghadap belum lagi ditentukan, kami yakin satu tarikh akan ditetapkan seberapa segera untuk membolehkan kami semua menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan petisyen rayuan terbabit. Kesan buruk darurat semakin ketara hari ke hari," katanya./BH

 

No comments: