“OPERASI BESAR2AN TANGKAP PATI BOLEH AKIBATKAN COVID19 SUKAR DIKAWAL”

 

Pada pendapat saya, keutamaan pada krisis pandemik yang kritikal ketika ini bukan untuk umum operasi besar-besaran untuk mencari dan menangkap pendatang tanpa izin (PATI) tetapi untuk memastikan rantaian Covid terputus dalam masa paling singkat.

Ini bukan masa yang sesuai untuk mengambil tindakan sebab Covid tak pilih warga Malaysia, pekerja asing dengan permit atau pendatang tanpa izin untuk menjangkit.

Pada ketika ini, ianya bukan mudah bagi mereka lari ke luar negara atau PATI baru menyusup masuk sebab kawalan sempadan negara sudah pada tahap tinggi.

Jika diumum operasi besar-besaran sekarang, PATI tidak akan berani tampil untuk disaring, dikesan. dikurung atau dirawat.

Akibatnya, Covid akan terus menular dalam komuniti mereka dan akhirnya akan menjangkit warga tempatan juga.

Kos dan mudarat kepada negara adalah jauh lebih tinggi sekiranya Covid tidak terputus sebab ianya masih menular dalam komuniti PATI berbanding sebarang penjimatan atau kebaikan yang diperolehi dengan mengambil tindakan terhadap mereka sekarang.

Jadi, pendapat saya ialah kita perlu sabar seketika untuk umum satu tempoh pengampunan sementara diberi kepada PATI sehingga pandemik berakhir.

Selepas itu, baru lah kita ambil tindakan yang paling tegas secara besar-besaran.

Ini bukan soal nak lindung PATI tetapi untuk lindung warga dan kepentingan Malaysia dari mudarat yang lebih besar.

NAJIB RAZAK

Bekas Perdana Menteri.