DAP sokong pembentukan kerajaan baharu

 

 


Pengumuman Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau telah mempunyai cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baharu disokong penuh oleh DAP.

 Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, sebagai ahli gabungan dalam Pakatan Harapan, parti itu akan menyokong penuh Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri kerajaan yang bakal ditubuhkan.

 Kami mengambil maklum pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim tadi bahawa beliau telah mempunyai sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

 "Selaras dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan, 42 Ahli Parlimen DAP akan memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya beliau cukup bilang untuk membentuk Kerajaan," katanya dalam satu kenyataan.

 DAP merupakan sekutu terbesar dalam PH dengan sejumlah 42 kerusi Parlimen. Parti itu juga merupakan sekutu asal sejak penubuhan Pakatan Rakyat pada 2008.

 

No comments: