NORMAN RADZUAN
Rakyat sdg gelisah mereka sibuk cerita soal hukum seks
NEGARA ROSAK SEBAB PEMIMPIN & 'ULAMA'
Negara rosak kerana dua sebab. Pertama pemimpinnya makan rasuah
seperti makan nasi. Rasuah dianggap sedekah atau komisen. Curi ratus juta
hingga berbillion... lalu mereka perbodohkan bangsanya dgn berkata kami pembela
Melayu.
Kerosakkan kedua ini jauh lebih bahaya hingga menjerumus rakyat
bukan kpd sahaja kpd kemiskinan tetapi kesesatan. Kedua rosaknya negara ini kerana
'Ulama'nya menjual agama berkhayal dgn keseronokkan dunia. Di kala rakyat ramai
yg bunuh diri, ramai yg sakit mental, ramai yg hilang pekerjaan, ramai yg
menjadi pencuri utk terus hidup... mereka seperti setan bisu.
Ada Ustaz popular sibuk menjawab soalan2 seks utk dijadikan
tarikan...." Berapa lama baru isteri puas... bolehkah membesar
zakar." Yg Tok Petinya pun sama sibuk juga bercerita bab seks, yg Ulama
dlm semak itu sibuk bercerita bab nafsu poligami. Yg seorang 'Ulama' sibuk bawa
janda ke sana sini dan ada 'Ulama' tu ceraikan bini di Whatsapp sahaja...Inilah
taraf org2 agama yg dikatakan Ulama kononnya..
Sepatutnya di saat rakyat sdg berhadapan krisis ekonomi paling
teruk dlm sejarah negara... mereka menegur pemimpin utk menjadi seperi Saidina
Umar. Berceramah beri kesedaran bab rasuah. Beri ceramah bab akhlak pemimpin
Islam....sebaliknya pula berlaku. Mereka pula lebih teruk dari itu.
Jadi kerana dua golongan inilah hari2 kita dgr org terjun
bangunan dan jambatan. Hari2 kita dgr masyarakat hilang mata pencarian. Jadi
kalian fahamkan apa yg dikatakan dan dikesalkan oleh pemikir hebat seperti
Pendita Zaaba, Abdullah Mursyi, Hamka & Prof Engku Aziz mengenai perangai
org Melayu.