KALAU TANYA LEBAI BODOH. DIA SOH DOA.KAH..KAH..KAH..PUNYA BODO PIANG.BUKAN DIA NAK BANTU DIA TAK FAHAM MAKSUD.TU LA BODOH NAMANYA.LAIN ORANG SEMBANG LAIN DIA NAK CAMPUR JUGAK.
PETALING JAYA: Seorang jurukimpal yang bekerja sendiri dan hilang separuh pendapatan akibat pandemik Covid-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) terpaksa ketepikan rasa malu mengibarkan bendera putih di pagar rumah selepas terputus bekalan makanan.
Bagai jatuh ditimpa tangga, bukan saja kehabisan bekalan makanan, Zulkifli Samsuddin, 39, dari Taman Pulai Indah, Kangkar Pulai, Johor, tidak mampu membelikan lampin pakai buang serta susu untuk anak lelakinya yang berusia setahun.
“Saya tidak tahu sama ada tindakan kibar bendera putih ini betul atau tidak, tapi saya lakukannya demi anak dan isteri kerana kami terputus bekalan makanan.
“Saya sedih kerana tidak mampu menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan sebaik mungkin kerana masalah kewangan dan keadaan saya bertambah buruk sejak awal tahun ini. Apatah lagi isteri sedang hamil enam bulan,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Akibat sukar mendapatkan pendapatan bagi menyara isteri, Nur Aqeela Atika Mohd Dali, 29 serta anak perempuannya yang berstatus orang kurang upaya (OKU), Putri Nur Zahirah, 9 dan anak lelakinya, Muhammad Putra Riqzi Zilhelmi berusia setahun, dia juga tidak mampu membayar sewa rumah dan ansuran kereta.
Zulkifli berkata, dia terpaksa kibarkan bendera putih petang semalam selepas melihat ada kempen di media sosial.
“Alhamdullilah bantuan diterima mencurah-curah hingga mampu menampung keperluan keluarga selama beberapa bulan.
“Malah ada juga warganet yang sanggup melangsaikan sewa rumah yang tertunggak selama sebulan berjumlah RM800 selain bayaran ansuran kereta selama tiga bulan bernilai keseluruhan RM1,200,” katanya.
Zulkiflie berkata, dia berterima kasih kepada semua pihak yang membantu keluarganya selepas memasang bendera putih di hadapan rumahnya.
Katanya, buat masa ini barangan keperluannya sudah mencukupi dan begitu juga dengan sumber kewangan.
“Saya amat bersyukur atas bantuan diterima dan hanya Allah mampu membalas jasa baik semua penderma,” katanya.
Terdahulu, wujud kempen kibarkan bendera putih di hadapan rumah bagi orang ramai yang berdepan situasi terputus bekalan makanan di media sosial sejak semalam.
Kempen yang disambut baik pengguna media sosial itu bermatlamat memberi isyarat kepada pihak tertentu mahupun orang sekeliling mengenal pasti individu yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan dapat dibantu segera.