Ahli Parlimen UMNO sedang menunggu keputusan terkini sama ada Parlimen akan dipanggil bersidang dalam masa terdekat atau sebaliknya.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, parti itu semenangnya menjunjung pandangan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sekali lagi berpendirian bahawa sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin dengan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan.