Zayn Al Shahab
DULU SOH BELAJAR MALAS...TU TAKFAHAM BAHASA....
Dia faham bahasa ker tidak?
Bendera putih bukan serah kalah dalam kontak signal bantuan kpd asnaf pandemik Covid-19..
Nak bagi tahu penderma & kerajaan bahawa mrk telah habis barangan makanan..
Apa yg bodoh sangat ni...
Berdoa lah...itu memang tuntutan
Ini juga ikhtiar..
Bukan senang nak cari siapa yg kehabisan makanan!
Ada signal bukankah mudah!
Jika sanggup angkat bendera putih tu serius la situsai mereka ...apa yg bangang sangat ni?
Kenapa tak ulas yg bunuh diri?
Di ketika rakyat dalam kesusahan dan tak terkecuali juga rakyat negeri mamat ni, orang ramai mengendalikan satu simbol angkat bendera putih sebagai satu kempen untuk memohon bantuan disegerakan . Ianya bukan membawa makna tidak berdoa.Tetapi hanya sebagai simbol perlukan bantuan. Berdoa tapi kalau wakil rakyat nganga pun tak guna juga terutamanya CIA bachok ni.
Nak juga tunggang dan peguna agama..betul lah kita usaha dan kemudian berdoa. Usaha tetap uaha dan doa nombor satu.Kau lebai...kau ingat berdoa tanpa usaha Tuhan nak bagi kah apa yang kau minta?
Angkat
tangan berdoa, bukan bendera putih – Nik Abduh
By
KUALA LUMPUR – Orang ramai yang terjejas kehidupan mereka akibat
pandemik Covid-19 sewajarnya dinasihatkan supaya mengangkat tangan berdoa
kepada Allah.
Ini kerana, berdoa adalah bendera kekuatan dan optimis dalam
ujian kehidupan, Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Aziz.
”Jangan angkat kekalahan menghadapi ujian
dengan mengajar rakyat mengangkat bendera putih,” katanya dalam hantaran di
Facebook beliau.
Nik Abduh membuat kenyataan itu ketika pengguna media sosial
melancarkan kempen kibar bendera putih.
Kempen itu meminta pihak yang terputus bekalan makanan menaikkan
bendera putih di rumah masing-masing untuk membolehkan mereka dibantu.
Kempen itu juga bagi memberi isyarat
kepada orang lain untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan
bantuan segera.
Kempen yang tular sejak petang semalam dipercayai digerakkan
susulan peningkatan kes tekanan mental dan jiwa dalam kalangan rakyat Malaysia
rentetan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dalam usaha mengekang
penularan wabak Covid-19. – MalaysiaGazette