Elly Yudof
Malam tadi secara kebetulan berjumpa dengan seorang pegawai intelijen kerajaan Thailand, Dia telah bersara.
2. Saya kenal dia. dia beragama Islam. Kenal masa2 terlibat dalam isu Pejuang Islam Selatan Thai. Dia selalu bagi saya pencerahan isu gerakan Islam di Selatan Thai tahun 80an.
3. Dia mulakan perbualan dengan mengatakan bahawa PM Anwar Ibrahim seorang yang bijak kerana melantik mantan PM Thailand sebagai penasihat kepada Pengerusi Asean.
4. Saya tanya di mana bijaknya?
5. Kata dia, Thaksin seorang yang kaya dan keturunan Cina Siam. Dia memang seorang yang berpengaruh.
6. Banyak orang Malaysia tidak tahu bahawa Malaysia sedang menghadapi masalah perlaksanaan projek keretapi Asean ke China yang di namakan One Belt. One Road.
7. Antara perkara tidak selesai dan sukar mendapat kelulusan Thailand. Sapert hasil pertanian dari Malaysia yang melalui Thailand termasuk durian, mesti mendapat kelulusan Thailand dahulu.
8. Ini perkara antara sebab yang PM Anwar Ibrahim melantik mantan PM Thailand itu sebagai Penasihat kepadanya. Bagi perkara yang tidak selesai termasuk dengan Laos. Kemboja dan Vietnam.
9. Kawan saya itu menambah lagi. Jika Kerajaan Thailand tidak mahu berkerja sama. menyelesaikan masalah kastam. Imigresen dan sebagainya. Projek ECRL yang di bina oleh Malaysia menjadi sia-sia
10. Untuk makluman kamu.. kata dia lagi bahwa Rail KTM tidak boleh di sambung kerana masih menggunakan ‘metre gauge’ berbeza dengan ‘standard gauge’ yang di gunakan okeh ECRL.
Dari penjelasan itu baru saya faham kenapa Anwar Ibrahim melantik Thaksin sebagai Penasihat kepada Pengerusi Asean.. Sabenarnya ada kepentingan ekonomi Malaysia di situ. -