Kemelut politik Perak: Apa sebenarnya terjadi?
FB Nabeel Naqie III
Kemelut politik Perak bermula akibat ketidakpuasan hati ahli-ahli UMNO terhadap Menteri Besar kerana beberapa perkara termasuk MB melanggar perjanjian dengan melantik ADUN UMNO sebagai setpol sungguhpun berkali-kali telah diberi amaran oleh UMNO Perak.
UMNO cuma mahu MB ditukar, bukan tukar seluruh kerajaan negeri. Malah UMNO telah tegaskan hasrat bahawa UMNO mahu membentuk kerajaan negeri bersama PPBM dan PAS suapaya semua jawatan-jawatan EXCO lain tidak terjejas.
Tetapi PPBM dan PAS tegas tidak mahu MB dari UMNO.
Akibatnya, MB Perak yang baru tidak dapat dilantik dan UMNO terpaksa pertimbanhkan untuk berunding dengan parti-parti lain untuk membentuk kerajaan negeri demi kelangsungan hidup rakyat.
Jika kemelut Perak berterusan dan UMNO terpaksa membentuk gabungan politik baru, maka kerajaan pusat PN bakal tumbang juga kerana model yang sama mungkin digunakan di pusat dan semua negeri-negeri lain!
Adakah ini kemahuan PPBM dan PAS?
Kemelut ini boleh diselesaikan dalam sekelip mata sahaja dan UMNO tidak akan berpakat dengan PH sekiranya PPBM dan PAS menyokong MB dari UMNO.
Tetapi kenapa pula PPBM dan PAS masih berdegil?
Di Sabah PN (iaitu PPBM + parti-parti lain) ada kerusi terbanyak – PBBM jadi CM. UMNO sokong.
Di Kedah PAS ada kerusi terbanyak- PAS jadi MB. UMNO sokong.
Di Kerajaan pusat, BN ada kerusi terbanyak – PPBM jadi PM. UMNO tetap sokong.
Di Perak – UMNO ada jauh lebih banyak kerusi – Kenapa PAS dan PBBM tak sokong?