JANGAN KHUATIR, LEBAI AKAN BUAT 'U-TURN" di PERAK


Apa yang berlaku di Perak, simple je nak faham.

Yang bawa usul percaya kepada MB Perak itu adalah Adun Umno.  Yang sokong pula dari Umno juga Pas termasuk Exco Pas yg juga Pengerusi Pas Perak, Yb Razman.  Kenapa mereka sokong usul tersebut sedangkan mereka tahu besar risikonya?

Mereka sokong sebab mereka 200% percaya usul tersebut akan diterima majoriti dalam dewan dan MB yang ada akan terus kekal, sekaligus menghancurkan cita2 Pembangkang untuk menukar MB.  Sudan tentu lebai Razman telah melakukan solat Istikharah sebelum menyokong usul tersebut agar Allah tunjukkan kebenaran.  

Mungkin benar, sebelum itu majoriti menyokong MB si Peja.  Tetapi mereka lupa, Allah berkuasa membalikkan hati seseorang.  Akhirnya, jerat makan tuan.  MB Perak jatuh bukan kerana Pembangkang, jauh sekali dari Dap yang dituduh sentiasa menentang kerajaan Melayu Islam.  MB Perak dari Bersatu tersungkur akibat usul yang tidak cerdik dari puak mereka sendiri.  Ego dan sombong untuk menunjukkan kekuatan ditambah pula dengan ucapan lebai Razman ebelum itu yang memainkan isu perkauman, akibatnya Allah balas dengan keaiban.  

Seperti yang selalu saya sebut, pengkhianat akan tetap dikhianati akhirnya.  Sekarang, rakyat boleh menilai sejauh mana perpaduan kerajaan PN yang lahir dari penghianatan ini.  Lebai kata, mereka tidak akan bersama dalam kerajaan baru nanti.  Korang percaya?

Sesiapa yang mengenali perangai lebai, mereka akan tahu lebai akhirnya seperti biasa akan menjilat kahaknya kembali.  Perbuatan ini lazim bagi lebai apabia di hadapannya terbentang kuasa dan kedudukan.  Kalau hukum agama pun lebai boleh jual, apa sangatlah setakat jilat kahak sendiri.

Percayalah, jika ditakdirkan nanti MB baru adalah dari Umno, lebai akan menyinsing jubahnya dan melutut semula untuk jadi Exco.  Waktu itu, mereka sanggup tinggalkan Bersatu asalkan nafsu mereka dipenuhi.  Kalau tidak percaya, kita lihat nanti....


WFAUZDIN NS