PENGUNDI YANG MEMILIH WAKIL RAKYAT : ANDA BUKAN MEMILIH PENYANYI KERANA BAKAT, TAPI MEMILIH WAKIL YANG BERKHIDMAT!


Kak Ida Abdullah


#1 mesti hapuskan pencaturan OT95 dan kuncu2 dlm politik negara


#2 mesti hentikan politik tunggang agama dan penyesatan ummah PAS


#3 ahli politik terbabit dalam rasuah dihalang menjadi calon dalam PRU. Protest rakyat amat penting dalam memastikan setiap calon tiada kes rasuah tak kira Adun atau MP


#4 setiap calon yang ingin bertanding mesti mempunyai rekod kesihatan yang baik atau dalam kawalan. Calon penyakit kronik mesti dihalang dari bertanding


#5 setiap calon yang ingin bertanding mesti dikenali oleh pengundi akan biodata mereka.


Rakyat Malaysia tak boleh lagi mengambil sikap siapa saja yang bertanding akan menang kerana parti yang mereka wakili.  Tak boleh letak berok, tiang lampu bertanding dan dimenangkan kerana mewakili parti. Calon itu mesti mendapat pengiktirafan dan perkenan rakyat! Dia mesti bekhidmat untuk memajukan kawasan yang ditandinginya BUKAN untuk mendapat projek kerana jawatan wakil rakyat yang diperolehinya!

Bagaimana semua ini boleh tertunai? Hanya dengan reformasi rakyat! Selagi rakyat tidak mereformasi sikap dan pemikiran mereka, mereformasikan negara adalah mustahil ditangan wakil yang tidak layak dengan hobi mereka yang gemar merompak!

Dari sekarang anda WAJIB buat homework ahli politik Malaysia sebagai saringan untuk memastikan mereka dinafi undi jika mereka bertanding.

INGAT!!! AHLI POLITIK MEMANG TAK MALU, TAPI ANDA SEBAGAI PENGUNDI WAJIB ADA RASA MALU AGAR TIDAK MEMILIH YANG TIDAK BERMUTU.

AHLI POLITIK TIADA HARGA DIRI APABILA MENIPU DAN MERASUAH, PENGUNDI PUNYA HARGA DIRI UNTUK MEMILIH WAKIL YANG MESTI BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT DAN NEGARA!

Sudah tiba masanya rakyat Malaysia keluar mengundi dengan penuh tanggungjawab BUKAN suka-suka warna jari sebagai bukti tanggungjawab sudah terlaksana. Setiap undi anda beri, akan memberi kesan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Mengundilah dengan penuh kasih kepada negara dengan memilih mereka yang akan mengurus negara dengan sebaik-baiknya BUKAN merompak apa yang ada kerana mereka berpeluang melakukannya!

Jadilah pengundi yang mempunyai informasi mengenai calon yang bertanding di DUN dan kawasan Parlimen anda. Jika dia pernah jadi wakil tetapi tidak menjalankan tugas dengan baik, hanya muncul semasa PRU, HARAMKAN UNDI ANDA KEPADANYA WALAUPUN DIA MEWAKILI PARTI YANG ANDA SUKA! Ini penting kerana parti politik MESTI buktikan semua janji mereka, walk their talk! Bukan janji setiap 5 tahun tapi hanya tunai sebahagian di tahun ke 5 kerana ingin dicalon dan jadi wakil lagi! Jangan terpedaya dengan 1 penggal tak dapat buat apa-apa!

WAKIL YANG TIDAK PERFORM, BUANG SAHAJA! Anda buang pun pencen mereka jalan juga! Anda beri peluang, anda yang terbuang kerana apabila masuk penggal kedua, keangkuhan sudah menjadi watak mereka!



No comments: