Tak nanti rakyat talifon, MP Lembah Pantai sediakan 1,500 bakul makanan untuk kawasan PKPD

 


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menyediakan 1,500 bakul makanan untuk dua kawasan yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Beliau berkata, bakul makanan itu akan diserahkan di PKPD Taman Bukit Angkasa dan PKPD PPR Pantai Ria bermula pada minggu depan, selepas PKPD berkuatkuasa pada hari ini sehingga 14 Julai ini.

"Di PKPD Taman Bukit Angkasa, difahamkan ada 2,161 pintu yang merangkumi lebih kurang 13,000 penduduk seluas 21 blok.

"Beberapa perkara sedang diatur, termasuk base medik Pejabat Kesihatan untuk kemudahan penduduk.

"Saya akan sediakan 1,000 bakul makanan untuk penduduk di sini, dan 500 bakul makanan akan saya hantar ke PKD PPR Pantai Ria. Insya-Allah awal minggu depan," katanya.

Pada masa sama, katanya, kedai-kedai runcit dibenarkan beroperasi dan satu pos penghantaran barangan beroperasi di pintu masuk utama (antara blok 19 dan 15).

"Namun sama ada ia akan terus dibenarkan atau tidak tertakluk kepada arahan pihak berkuasa.

"Insya-Allah saya akan sampaikan maklumat terkini, termasuk isu penangguhan vaksin, isu pekerja dan majikan, serta isu-isu berkaitan," katanya.

 

No comments: