SELEPAS DESAKAN KUAT : Takiyuddin jelaskan Sidang Parlimen sebelum 1 Ogos, tarikh dimuktamad 7 Julai - Takiyuddin


Harits Asyraf Hasnan
Sidang Parlimen sebelum 1 Ogos, tarikh dimuktamad 7 Julai - Takiyuddin
Takiyuddin Hassan memaklumkan Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Parlimen turut memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen secepat mungkin sebelum 1 Ogos ini. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri akan memuktamadkan tarikh persidangan Parlimen pada 7 Julai ini.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada Jumaat.
Dalam masa sama, beliau memaklumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Ketua Majlis Parlimen turut memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen secepat mungkin sebelum 1 Ogos ini

"Kerajaan Persekutuan sentiasa menjunjung titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam semua hal berkaitan pemerintahan negara termasuklah berhubung dengan persidangan Parlimen.
"Sehubungan dengan itu YAB Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Parlimen telah memutuskan akan memanggil sidang Parlimen Malaysia secepat mungkin sebelum 1 Ogos 2021," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan bahawa satu persidangan khas Parlimen akan diadakan dalam masa terdekat.
Malah, kedua-dua Yang di-Pertua turut mencadangkan kepada Ketua Majlis Parlimen untuk mengadakan sidang Parlimen sebelum 1 Ogos.
Kenyataan media oleh Datuk Seri Takiyuddin Hassan. - Foto JPM
Kenyataan media oleh Datuk Seri Takiyuddin Hassan. - Foto JPM



















No comments: