INI SOQANG LAGI TAK BUAT KERJA ATAU TAK TAU NAK BUAT KERJA- LENA KA WOIII

 Lambakan cempedak di Teluk Intan : Razman kena turun padang, jangan biarkan pekebun tanggung kerugian

Lambakan cempedak di Teluk Intan : Razman kena turun padang, jangan biarkan pekebun tanggung kerugian

Selepas durian, berlaku pula lambakan buah cempedak di daerah ini yang menjejaskan kira-kira 60 pekebun terutama di Kampung Selabak di sini.

Peraih buah-buahan, Zulkifli Akhmar, 57, berkata, lambakan buah itu menghampakan pekebun yang mengharapkan jualan yang baik pada musim kali ini.

Menurutnya, mereka yang mengalami masalah itu terdiri daripada pekebun di Kampung Selabak Luar dan Kampung Selabak Dalam.

Katanya, berikutan lambakan, harga borong buah itu jatuh daripada RM3 sekilogram sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada hanya RM1.60 sekilogram ketika ini.

“Lambakan buah berlaku kerana peraih dari luar tidak dapat datang untuk membeli hasil daripada pekebun di sini.

“Biasanya peraih datang dari luar daerah seperti Kuala Lumpur, Selangor dan juga dari utara, namun, disebabkan PKP, mereka tidak boleh merentas negeri,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Katanya, ada pekebun yang menjadikan tanaman itu sebagai mata pencarian, namun, hampa dengan apa yang berlaku.

“Pekebun rasa seperti tidak berbaloi dengan harga yang dijual dan merugikan setelah mereka menanggung pelbagai kos membaja, upah dan pengangkutan,” katanya.

Menurutnya, kerana mahu membantu pekebun, dia tetap membeli hasil tanaman mereka untuk mengelak buah busuk dan terbiar begitu saja.

Katanya, pekebun juga sudah tidak mahu berkira berapa harga belian asalkan hasil tanaman mereka boleh dijual.

“Pekebun setuju dengan harga yang saya tawarkan, bagi mereka yang penting asalkan hasil tanaman mereka dapat dijual.

“Setakat ini, hampir 400 hingga 500 kilogram buah yang rosak terpaksa dibuang begitu saja sebab tidak dapat dijual,” katanya.

Menurutnya, sama seperti lambakan buah durian yang berlaku ketika musim raja buah itu baru-baru ini, cempedak juga mengalami lambakan kerana buah itu juga banyak di beberapa kawasan lain di negeri ini.

“Tempat lain juga seperti di di Kuala Kangsar, Chenderong Balai, Pasir Salak, Sungkai dan lain-lain tempat juga musim cempedak yang berbuah lebat kali ini,” katanya.

Berikutan itu, Zulkifli berharap pihak berkenaan mengatasi masalah lambakan cempedak dan membantu pekebun agar tidak terus menanggung kerugian.

“Saya harap pihak berkenaan seperti FAMA datang melihat keadaan pekebun di sini dan membantu mereka,” katanya.

Sumber | UTUSAN


No comments: