Pemuda ini gesa POS Laju perbaiki servis, bukan mainkan sentimen kaum dan agama untuk tarik pelanggan

 

Pemuda ini gesa POS Laju perbaiki servis, bukan mainkan sentimen kaum dan agama untuk tarik pelanggan





Pemuda Amanah Negeri Perak menegur tentang tularnya mesej berbaur rasis dan perkauman antara Pos Laju dan J&T.

Dalam hal ini Pemuda Amanah Negeri Perak berpendapat dalam suasana politik yang tidak tentu, adalah tidak molek mesej-mesej ini tular yang mungkin boleh menyinggung bangsa dan agama mana-mana pihak.

Sementelah itu Pemuda Amanah Negeri Perak mencadangkan kepada Pos Laju supaya berunding semula dengan Platform Niaga seperti Shopee dan Lazada dengan menawarkan tawaran menarik kepada Platform Niaga ini agar Pos Laju dapat memberi saingan kepada perkhidmatan kurier yang lain.

Disamping itu juga, Pemuda AMANAH Negeri Perak mencadangkan agar Pos Laju menaiktaraf segala kemudahan dan fasiliti bagi melancarkan sistem mengurus, menyimpan dan pengedaran barang kepada pengguna.

Perkhidmatan kurier yang terbaik adalah dengan sistem penghantaran yang dapat dipercepatkan daripada peniaga kepada pengguna.

Akhir kalam suka Pemuda Amanah Negeri Perak menasihati kepada semua peniaga agar dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan tanpa membangkitkan sentimen rasis yang menyinggung bangsa dan agama mana-mana pihak.

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Negeri Perak


No comments: