KENAPA MASJID-MASJID TIDAK BERFUNGSI.GEREJA BERI SUMBANGAN MAKANAN

Menteri Agama singgah Zoo Melaka beri gajah makan 


NI BUKAN KERJA MENTERI AGAMA. PATUT DIA FIKIR MACAMANA NAK BANTU UMMAT


NORMAN RADZUAN


KENAPA MASJID2 TIDAK BERFUNGSI

Glad Tidings Church @ Sunway giving free food. Look at the people from all races queuing to receive. Hunger cuts across all barriers.

Pihak gereja memang diakui bab kebajikan mereka memang utamakan. Sebab itu sejak dulu ramai org Melayu yg terdesak akn pergi ke gereja memohon bantuan. Bagi saya rasa sgt tercabar dan malu apabila pihak gereja selalu mengatasi kita bab kebajikan.

Kita org Islam hanya tahu menghukum dan tahu mengutip duit zakat. Bab ini org2 agama memang cekap. Persoalannya di mana fungsi ribuan masjid? Di mana fungsi Pusat Zakat??? Sepatutnya Pusat Zakat menggunakan masjid utk membekal food bank utk sesiapa yg memerlukan. Malangnya kita ada Menteri Agama...selain sibuk menikah selebriti dia pergi ke Zoo.

Islam sebenarnya hebat tetapi yg menghancurkan Islam ialah mentaliti umat Islam. Selain lembab berfikir, bagi mereka hanya cukup slogan kami mahu hudud.. mereka sudah Islamik dan dijamin ke syurga.

Sdgkan Islam itu menjaga kebajikan hingga tertubuhkan Baitul Mal. Tapi sayang mereka hanya tahu mengutip wang tapi tidak tahu bagaimana menguruskan utk tujuan asalnya Baitul Mal tersebut.

Sewajarnya Masjid2 dgn kerjasama Pusat Zakat menjadi bank makanan. Di mana ratusan juta simpanan zakat? Islam tercemar kerana org agama hanya tahu menghukum, hanya tahu menghafal hadis tetapi tidak tahu bagaimana menguruskan negara. Tapi mereka tetap mahukan jawatan tersebut demi keseronokkan dunia.

Org Melayu terkenal sgt takut dgn gereja. Kitab Injil di dlm laci hotel pun mereka sudah ketakutan mcm nampak hantu. Ketakutan mereka samalah seperti ketakutan termakan babi. Tetapi apabila mereka sanggup ke gereja berbaris panjang utk mendapatkan bekalan makanan... mereka sudah tidak peduli lagi ketakutan tersebut.

Org Melayu sanggup membunuh diri dan mereka sudah tidak peduli hukumnya. Semua ini terjadi kerana apa? Org Melayu lemah cara mereka berfikir dan hanya tahu sebut hari ink kes 9k, esok kes 10k... dan membebel 'kenapa org tu gak mahu stay at home'. Ia satu kebodohan org kita.

Org Melayu hari2 membebel perkara yg sama. Tapi mereka tak mahu mencari puncanya. Contoh org Melayu bila demam dia hanya tahu pergi klinik ambil ubat. Kenapa dia kerap demam dia tak ambil tahu. Ada tak dia terfikir dia kerap demam sebab kurang minum air, tidak makan sayur, kena hujan, kuat merokok dan sebagainya.

Begitulah dgn pandamik ini. Mereka hanya kata rakyat tak berdisiplin. Inilah kejayaan org politik kerana berjaya melahirkan persepsi ( dakyah politik ) kes tinggi kerana rakyat bukan salah kerajaan.

Org Melayu mudah di tanamkan persepsi hingga mereka tak tanya kenapa vaksin lambat sampai, kenapa proses vaksinasi perlahan, kenapa kilang2 91% tidak ditutup, kenapa dahulu Genting Highland tidak tutup.... akhirnya mereka keliru dan politikus2 terus mengambil kesempatan dari ketakutan yg ditanamkan kpd rakyat utk terus seronok dgn projek2 direct nego mereka, dgn gaji puluhan dan ratusan ribu mereka.

Seperti kata DS Najib... kerajaan sengaja membuat silap menguruskan pandemik kerana mereka perlukan numbers utk kekal sebagai kerajaan. Tapi sayang masih ramai org Melayu yg hidup kepartian dgn semangat Melayu walaupun jika bukan dirinya tetapi org sekeliling dlm keperitan dia tetap akn berkata syukurlah ini bukan kerajaan DAP.

Saya sgt kesal kegagalan Muhyiddin dan Azmin menguruskan negara. Lebih malang mereka tidak mahu menyerah kalah dan mengakui kelemahan tersebut.Mereka sebenarnya tidak serius pedulikan nasib rakyat! Duit lebih byk ditaburkan kpd pemimpin2 daripada kpd rakyat.

Mereka terus memikirkan siapakan ahli Parlimen yg mahu dibeli? Bagaimana caranya utk kekal menjadi PM. Terpulang rakyat... anda sendiri boleh menentukan nasib anda sendiri.

PKPP sudah, PKP sudah, PKPD sudah, ribuan kematian angkara Covid19 sudah, ratusan bunuh diri sudah, jutaan kehilangan pendapatan sudah, stay at home sudah... yg tak sudah2 kilang2 beroperasi dan Muhyiddin tetap mahu jadi Perdana Menteri.

 

No comments: