PEMIMPIN UMNO MACAM CENDOL PUTUS EKOR

 May be an image of drink, food and indoor


Naik kesian pula saya kepada sdr Kamal Amir Kamal Hijaz setiap malam dia melepas geram dan melahirkan kemuakan kepada para pemimpin Umno. Apa yang dia pening dan tak reti nak fikir, apabila mereka bercanggah antara satu sama lain. Masing² ada pendapat tersendiri dan tidak akur dengan keputusan parti yang diumum presiden Zahid Hamidi 7 Julai lalu.

Bila Zahid kata Umno tarik diri menyokong Mahiaddin dan desak Mahiaddin letak jawatan, ada pula pemimpin lain suruh Zahid yang lepas jawatan. Percanggahan dan conflict itu menyebabkan Kamal Amir tak reti nak berfikir. Dan naik bingung dia dengan gelagat partinya itu,

Saya tak ada kuasa untuk nasihat kawan saya itu agar berhenti merepek kepada pemimpin Umno, tak boleh, lagi pun kerana dia ahli Umno dia perlu bertanggjawab dan memberi pencerahan setiap malam.

Cuma saya nak kata beginilah kepada Umno ini; para pemimpinnya sudah hilang kompas dan akal, semuanya mengikut haluan seniri dah jadi macam candol putus ekor. Tahu macam mana cendol putus ekor?

Cendol sejenis kueh yang melampong dalam air dan persis ikan² yang hidup. Bentuknya panjang menirus, seperti berkepala dan berekor. Mirip berudu. Bila dimasukkan dalam air ia melampong dengan bahagia ekor dibawah kepala di atas.

Tetapi kalau bahagian tirus itu terpotong cendol tidak terampong lagi. Ia akan berputar putar tidak tentu hala. Begitulah pemimpin Umno macam cendol putus ekor daa.... Trims.