Jika PH masih berkuasa Dr Wan Azizah setanding PM New Zealand tangani Covid 19

 


Andainya Pakatan Harapan (PH) masih berkuasa, adakah keadaan pandemik Covid 19 seburuk sekarang?

Persoalan itu dijawab oleh blogger politik terkenal, Ipohmali, dalam entry terbaharunya.

Menurut beliau, cara Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menangani kes Covid pada 2020 lalu walaupun ketika itu hanya beberapa orang yang dijangkiti, jauh lebih baik daripada mana-mana menteri kerajaan Perikatan Nasional sekarang.

Katanya, sekiranya PH masih berkuasa maka Dr Wan Azizah akan dicatat jasanya sehebat PM New Zealand, Jacinda Arden dalam mengawal Covid 19.

"Pada 27 Januari 2020, hari kedua cuti Tahun Baru Cina, Dr Wan Azizah yang memimpin Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pergi ke rumah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membincangkan isu coronavirus.

"Masa tu belum dinamakan Covid-19, masih belum diisytiharkan sebagai pandemik oleh WHO. Tetapi perbincangan hal itu sampai dibawa ke kediaman Tun Mahathir... Bukan sibuk melawat bekas PM macam Menteri Anuar Musa," tulis Ipohmali.

Description: https://static.wixstatic.com/media/52025c_1da584f5794944cb8bf058a7fe6469e7~mv2.png/v1/fit/w_300,h_300,al_c,q_5/file.png



Menurut blogger itu lagi, Dr Wan Azizah telah berjaya mengkordinasikan beberapa menteri dan agensi seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi bersiap sedia menghadapi apa sahaja bencana.

Jauh lebih baik daripada rekod Ismail Sabri yang naik pangkat ke jawatan TPM pada ketika negara paling teruk dilanda malapetaka Covid 19.

"Bayangkan, masa tu Covid-19 hanya 2 kes sehari. Tak ada yang duduk ICU, tak ada kematian. Tapi perbincangan untuk hadapi wabak ini cukup serius.

"Sampaikan hari cuti bekerja, sampaikan urusan rasmi dibawa ke kediaman PM. Hari ini kes dekat 10,000 sehari. Menteri elok saja melancong atau duduk di rumah.

"Orang seperti Dr Wan Azizah ini barulah boleh dibanggakan. Biarpun hanya memimpin Kementerian Wanita, tetapi berjaya menguruskan bencana dan wabak dengan cukup cemerlang

"Jika inilah gambaran PM yang memimpin negara hari ini. Sudah pasti kita akan sehebat New Zealand dan PM Jacinda Arden," katanya lagi.

Untuk rekod, New Zealand hampir tidak merasai pandemik Covid 19 dengan hanya mencatat 26 kematian sejak 2019.

Biar pun negara itu tidak menumpukan kempen vaksinasi besar-besaran, dengan hanya 13% penduduk yang telah divaksin namun keutamaan Arden adalah 'menghentikan gelombang kehancuran'.

Tidak banyak negara di dunia yang mampu mengekalkan statistik menakjubkan dan mempunyai formula menghentikan kehancuran sebagaimana Arden.

 

No comments: