TAMRIN TUN GHAFAR YAKIN AHLI PAS AKAN TOLAK HADI SEPERTI AHLI UMNO TOLAK NAJIB


Nampaknya sudah ada suara2 dlm PAS seperti juga dlm UMNO yg tidak senang dgn tindak tanduk pemimpin no 1 mereka. ALLAH SWT dah beri amaran jangan sesekali bersekongkol dgn mereka yg cuba menutup kejahatan mereka dgn menggunakan ayat2 Al-Quraan dan Hadith.
Mereka ini termasuk dlm kalangan munafik. Masanya akan tiba ahli2 akar umbi PAS akan tolak Hadi seperti juga ahli2 UMNO akan tolak Najib.
Najib bercakap tentang loyalty (setia pada pemimpin), Hadi bercakap tentang wala' (setia pada pemimpin). Bezanya satu guna bahasa Melayu, satu lagi guna bahasa Arab. Satu penyamun dan satu lagi bersungguh2 nak berkawan dgn penyamun.
Besar kemungkinan mereka ini menganggap ahli2 mereka (UMNO dan PAS) tak faham isi kandungan Al-Quraan dan Hadith seolah2 mereka akan terus "membabi buta" dan seperti "lembu cucuk hidung" akur apa sahaja pemimpin mereka kata.
Secara perbadi saya simpati dgn beberapa pemimpin PAS. Semoga ALLAH SWT berikan mereka kekuatan. Kita semua tidak akan terlepas menghadapi Dia Yang Maha Pencipta. Salam.
Tamrin Tun Ghafar
22 Disember 2015

No comments: