Kedudukan Najib tidak selamat, walaupun telah perkukuh posisinya..



KUALA LUMPUR: Pengarah Strategik Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Dzulkefly Ahmad mengingatkan bahawa kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak belum tentu selamat walaupun mengambil pelbagai langkah untuk mengukuhkan kedudukannya.
 
Walaupun PAU telah selesai dan Najib Tun Razak telah mengambil segala tindakan bagi mempastikan kedudukannya selamat dan tidak boleh diganggu-gugat, diri dan hati-kecilnya tahu bahawa dia belum selamat bahkan tidak akan berada dalam keadaan selamat atas pelbagai sebab.Dzulkefly-Ahmad_najib_600
Apa penghujjahan saya....
1. Persoalan besar tentang RM2.6bilion masih belum terjawab secara tuntas. Bukan sahaja dari mana sumber itu tetapi terkini berapa ramai pendermanya? Sebab apa mereka 'menderma' pada jumlah yang tidak pernah berlaku dalam sejarah tamadun manusia dan apa timbal baliknya? Beliau tidak rasa selamat kalau diketahui.
2. Bukankah Najib sendiri yang menegaskan bahawa derma kepada parti mesti dibuat ke dalam akaun parti dan secara telus? Beliau sendiri yang tegaskan dan terakam video ucapannya. Beliau takut rakyat tahu.
3.Bukankah Najib telah melanggari Seksyen 3 Akta SPRM kerana selaku penjawat awa tidak dibenarkan menerima “suapan” dalam apa jua bentuk sekali pun. Takrifan “suapan” di bawah akta ini termasuklah hadiah dan derma apabila hadiah dan derma itu diberikan untuk mendapat balasan.
4. Bukankah Najib tahu bahawa Seksyen 50 Akta SPRM menetapkan bahawa sekiranya seorang penjawat awam memberi atau menerima suapan, penjawat awam itu telah melakukan satu rasuah.
5. Bukankah Najib juga tahu bahawa Seksyen 16 Akta SPRM menetapkan bahawa seseorang yang didapati bersalah melakukan rasuah boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun. Najib takut dihukum!
6. Bukankah Najib juga tahu bahawa BNM mengakui mengenakan penalti sebanyak RM53.7juta ke atas AmBank kerana pelbagai kesalahan Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA) dan Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA) dan juga Akta Kawalan Pertukaran Asing (FEC) bersabitan akaun-akaun peribadi Najib di AmBank tentang RM2.6bilion termasuk perpindahan RM42 juta dari anak syarikat SRC International, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan yang juga pernah menjadi anak syarikat 1-MDB? Najib tahu cerita sebenarnya tetapi Rakyat tidak tahu! Beliau rasa tidak selamat kalau diketahui Rakyat!
7. Segala Undang-undang Drakonian seumpama POTA, POCA, SOSMA dan terkini MKN adalah untuk menyelamatkan negarakah atau seperti tuduhan sesetangah pakar undang-undang menyelamat Najib yang sekarang ini merasakan dirinya tidak selamat atau 'insecure'??
Akhirnya, meskipun Najib telah mengambil semua langkah 'mitigasi' bagi memperkukuhkan kedudukan dan posisinya..Najib merasakan dirinya 'Tidak Selamat'.....Sebabnya Najib sudah menjadi Takut kepada Bayang-banyangnya sendiri!
Saya akan menulis dalam terdekat tentang 'Mampukah Najib diselamatkan dengan 'Penyatuan Ummah'?? Sabar Menanti Ya....
Semoga AlLah Merahmati Rakyat dan Negara ini...Amin Ya Rabb!
-----------------------------------------------
Facebook
Dr. Dzulkefly Ahmad
22 Disember 2015

No comments: