Beras tempatan banyak di pasaran tapi tak laku pula, kenapa?
OLEH DR ZULQARNAIN LUKMAN
Nampaknya beras tempatan sudah begitu banyak di pasaran. Tahniah kepada Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu atas perancangan yang baik.
Selama ini rupanya yang banyak bersungut tiada beras tempatan itu adalah suara echo sahaja dan bukanlah suara sebenar rintihan rakyat bawahan.
Dalilnya bila kita pergi pasar raya, beras tempatan ini berlambak-lambak. Gambar ini diambil di Lotus Selayang pada hari ini, 25/3/2025.
Kalau ikut kiraan itu ada paling kurang 500 kampit beras tempatan. Beras import memang sedia ada banyak.
Mana pergi semua orang yang muat naik status dahulu kata beras tempatan tak ada. Kerajaan MADANI tak pandai memerintah.
Ini semua kerja kartel beras dan pelbagai lagi tuduhan yang diberikan. Kenapa orang ini tidak pergi serbu beli tempatan sementara stok masih banyak ini.
Walaupun kerajaan sudah memberikan penerangan yang cukup berkaitan ketiadaan beras sebelum ini tetapi orang seperti ini lagi gembira beras tempatan tiada supaya senang bagi mereka untuk troll kerajaan dan menteri.
Apabila kerajaan sudah pastikan supply chain beras tempatan ini mencukupi sepanjang tempoh hari raya ini tiada pula manusia seperti ini menzahirkan kesyukuran.
Jadi sebenarnya apa yang mereka mahu. Adakah mereka mahu supaya beras tempatan ini senantiasa hilang daripada pasaran?
Keduanya, majoriti penduduk Malaysia ini sebelum ini sudah tidak kisah dengan beras tempatan sebab mereka adalah pengguna beras import.
Walaupun harga beras import itu lebih mahal tetapi masih dalam kemampuan kocek mereka.
Ada sebab juga mereka makan beras import. Mungkin sebab mereka mempunyai diabetes dan disarankan makan beras basmathi?
Bagi pesakit diabetes, beras parboiled basmathi adalah lebih baik daripada beras basmathi biasa kerana parboiled itu sudah direbus atau sudah distimkan sehingga kandungan kanjinya sudah menurun begitu banyak.
Mungkin juga mereka membeli beras import kerana mereka makan tidak banyak dan beras tempatan tiada dalam kampit kecil.
Jika beli 10kg entah berapa bulan baru habis berbanding jika beli paket 2kg atau 5kg.
Apa pun kita harapkan rakyat Malaysia ini menjadi bijak dan tidak terperangkap dalam isu-isu politik yang bersifat adu domba, fitnah, rasis dan pecah belah.
Jadilah rakyat yang bijaksana dan mampu meletakkan antara neraca fakta dan propagand
No comments:
Post a Comment