
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Felda terus berdaya maju bagi memastikan nasib para peneroka terus terjamin.
KUALA LUMPUR, 26 Mar – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tempoh sebulan kepada pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk mengemukakan pelan tindakan baharu bagi menentukan hala tuju badan itu.
Menurut Perdana Menteri, Felda tidak boleh kekal dalam bentuk dan kaedah hala tuju yang ada sekarang bagi menyelamatkan para peneroka pada masa akan datang.
“Kerajaan seperti mana sudah tahu, beri suntikan RM1 bilion setahun. Kita mahu lakukan (beri suntikan dana) asalkan kita yakin bahawa pendekatan dan hala tuju kita mampu menyelamatkan bukan sahaja gedung Felda ini tetapi peneroka di masa hadapan.

“Saya ucap terima kasih dan hargai pengurus besar dan keluarga pengurusan untuk kemukakan, melaksanakan beberapa langkah di ladang pengurusan, pemasaran, kilang, eksport.
“Saya beri tempoh satu bulan kepada pengurusan untuk mengemukakan pelan hala tuju. Saya akan pastikan seluruh kekuatan dan jentera daripada kerajaan, Kementerian Kewangan dan pakar-pakar lain untuk memastikan bahawa kita puas hati dengan pendekatan, hala tuju baharu supaya dalam masa singkat ini,” katanya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Felda Bersama PMX di sini pada Rabu.
No comments:
Post a Comment