SUDAH LAH KO... KO KHIANAT UMNO.. PKR... SEKARANG NAK. PLAY SAFE LAM PARTI. TUNJUK BUKTI NAK TENGOK..

 


Ahli MPT Bersatu gesa Muhyiddin dedah keberadaan menantunya 





SEORANG pemimpin tertinggi Bersatu menggesa Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan di mana keberadaan menantunya, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang melarikan diri daripada pertuduhan di mahkamah.


Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Saifuddin Abdullah membuat gesaan itu selepas pendedahan media berhubung gambar dipercayai menantunya yang menjalani kehidupan mewah di Asia Barat.


Saifuddin memaklumkan beliau membuat gesaan itu terhadap Muhyiddin dalam kumpulan WhatsApp parti kerana isu itu banyak dibangkitkan di Parlimen, namun tiada jawapan diberikan. 


“Beliau pun tidak menjawab,” kata Saifuddin seperti dipetik FMT.


“Jika bapa mertua pun kelu, maka dalam isu begini, macam mana kami semua hendak menjawabnya?.


Saifuddin berkata ahli-ahli Bersatu empati dengan Muhyiddin, namun isu ini perlu diselesaikan segera kerana bimbang akan kesannya pada nama baik Bersatu.


Adlan dan peguamnya, Mansoor Saat, dicari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.


Semalam, media melaporkan Muhammad Adlan, yang melarikan diri lebih dua tahun lalu, dipercayai kini menjalani kehidupan mewah di sebuah negara Asia Barat.


Akhbar New Straits Times (NST) dalam satu laporan juga menyiarkan beberapa gambar menunjukkan Muhammad Adlan bersama beberapa kenamaan dari Asia Barat.- MalaysiaPost



No comments: