ZAHID HAMIDI JANGAN SEKADAR BERANI ACAH-ACAH SAJA!!



Semalam, sebaik Najib Razak diputuskan bersalah oleh mahkamah, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu akan membuat suatu keputusan politik yang besar berikutan hukuman tersebut.

Antara lain beliau berkata, “ini bukan penghujung dunia, proses masih berjalan, namun tentunya kita akan mengambil satu keputusan politik hasil keputusan hari ini”.

Hari ini pula, melalui laman FBnya, sambil memaparkan gambarnya beriktikaf di dalam masjid, Zahid Hamidi mengungkit tentang kejujuran dan keikhlasan dalam sebuah perkongsian kuasa.

Apa yang ditulisnya adalah seperti berikut:-

“Untuk berkongsi hidup, apatah lagi berkongsi kuasa, keikhlasan dan kejujuran merupakan prinsip utama perkongsian.

“Apabila keikhlasan dan kejujuran diketepikan, sebarang perkongsian harus dinilai semula.”

Apakah maksud kata-kata Zahid Hamidi kali ini?

Apakah dengan Najib didapati bersalah oleh mahkamah semalam, Zahid Hamidi merasakan Muhyiddin Yassin tidak jujur dalam perkongsian kuasa terhadap UMNO?

Apakah beliau sebenarnya mahu Muhyiddin campurtangan dalam urusan mahkamah dengan membebaskan Najib dan semua pemimpin UMNO lain yang kesnya sedang dibicarakan, termasuk dirinya sendiri?

Itukah maksud kejujuran dan keikhlasan dalam berkongsi kuasa yang diingini oleh Zahid Hamidi?

Tetapi, jika benar perkongsian kuasa dengan Muhyiddin mahu dinilai semula, janganlah asyik bercakap dan berceloteh di FB saja?

Kalau sudah rasa dikhianati, selaku Presiden UMNO, Zahid Hamidi seharusnya terus saja lakukan apa yang sepatutnya.

Apa tunggu-tunggu lagi?

Tak perlu bising-bising, bertindak diam-diam lagi baik…habis cerita!!

Jangan hanya berani acah-acah saja, takut nanti sampai ke sudah tiada apa-apa akhirnya. (Shahbudindotcom 29/07/2020)

No comments: