SYABAS MALAYSIA - RAFIZI RAMLI*

*TERKINI*

*SYABAS MALAYSIA - RAFIZI RAMLI*

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia berikutan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati bekas Perdana Menteri, Najib Razak bersalah di atas tujuh tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana milik SRC International Sdn Bhd.

Rafizi yang pernah bersuara mengenai SRC sebelum ini berkata, cabarannya sebelum ini berbaloi.

“Saya jarang ulas mengenai politik sekarang. Tapi sebahagian besar masa saya sebagai Ahli Parlimen dihabiskan berdepan dengan skandal 1MDB dan SRC.

“Saya tak pernah berharapkan apa-apa dari usaha itu, tapi hari ini saya rasa segala kesusahan itu berbaloi. Syabas Malaysia,” kata bekas Ahli Parlimen Pandan itu melalui akaun Twitter hari ini.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir menyifatkan keputusan hari ini membuktikan perjuangan rakyat menentang rasuah tidak sia-sia, begitu juga usaha Rafizi sebelum ini.

Meskipun yakin Najib akan membuat rayuan namun Ahli Parlimen Johor Bahru itu tetap berpendirian pendedahan parti pembangkang mengenai penyelewengan yang melibatkan SRC International akan terdedah.

“Sudah pasti @NajibRazak akan merayu selepas ini, hari ini mengingatkan kita bahawa mempertahankan prinsip itu sukar, kebenaran itu akan terdedah jua,” ujarnya.

Terdahulu, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika membacakan penghakiman berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes yang dibawa terhadap tertuduh.


No comments: