Kes SRC: Najib Balun Duit Rakyat (Apa tindakan Muhyiddin)



1. Dijatuhkan hukuman bersalah. 12 tahun penjara dan denda RM210,000,000.00. Jika tidak membayar denda maka tambahan 5 tahun penjara akan dikenakan.

2. Bukti nyata Najib balun duit rakyat melalui SRC apabila dia disabitkan bersalah ke atas semua 7 pertuduhan oleh Hakim Mahkamah Tinggi.

3. Adakah Najib akan dipenjarakan dan  membayar denda?

4. Najib pasti akan merayu di Mahkamah Rayuan dalam tempoh 14 hari. Oleh itu dia tidak akan dipenjara dan membayar denda pada waktu ini.

5. Mahkamah Rayuan akan bersidang entah bila. Mungkin cepat mungkin lambat.

6. Jika Mahkamah Rayuan menolak rayuan Najib dengan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, maka Najib kekal bersalah.

7. Najib akan mengemukakan permohonan ke Mahkamah Persekutuan pula. Keputusan Mahkamah Persekutuan adalah keputusan muktamad dan terakhir sama ada Najib bersalah atau tidak.

8. Keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020 memberi kegembiraan kepada rakyat yang bencikan rasuah dan penyelewengan. Sebaliknya memberi khabar sedih kepada mereka yang sukakan rasuah, sogokan dan penyelewengan.

9. Aki mengambil pendirian lebih berwaspada walau jauh di sudut hati memanjatkan rasa syukur ke hadhrat Allah SWT dengan keputusan ini.

10. Tumbangnya Najib di Mahkamah (sehingga Mahkamah Persekutuan) bererti beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Pekan.

11. TS Muhyiddin Yassin mendapat sokongan majoriti yang sangat kecil terhadap beliau selaku Perdana Menteri di kalangan Ahli Parlimen. Kedudukan beliau tidak kukuh.

12. Hukuman kepada Najib akan mengurangkan satu kerusi sokongan terhadap Muhyiddin.

13. Keputusan akhir terhadap Najib nanti akan menentukan kelansungan PN selaku kerajaan sama ada kekal atau tumbang.

14. Adakah Muhyiddin sanggup mengambil risiko?

15. Ini belum lagi berhadapan dengan tindakan Ahli-Ahli Parlimen Muafakat Nasional - Umno dan Pas yang amat sayang kepada Najib.

16. Bagi menyelamatkan kedudukan beliau, Muhyiddin hanya mempunyai dua pilihan.

17. Pilihan pertama ialah campurtangan dalam urusan Mahkamah dengan mengarahkan sama ada Hakim Mahkamah Rayuan mahupun Hakim Mahkamah Persekutuan membebaskan Najib.

18. Pilihan kedua ialah membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya tergempar.

19. Terdahulu Aki menyatakan mengambil sikap berwaspada dengan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini ialah kerana Aki fikir  Muhyiddin akan tetap campurtangan dalam urusan mahkamah yang lebih tinggi nanti iaitu dengan membebaskan Najib bagi menyelamatkan kedudukan beliau.

20. Tidak salah untuk rakyat yang baik-baik untuk bergembira dengan keputusan hari ini.
Namun jangan berhenti memperjuangkan kebebasan badan kehakiman dari cengkaman pemerintah yang zalim.

Salam Reformasi,

Aki Rock

No comments: