Norman Radzuan
Amaran Zahid akan berlaku perubahan politik
APA SELEPAS INI...EPISOD MAKIN MENDEBARKAN
Hari ini buat keluarga dan penyokong Najib ia satu berita yg sedih. Buat penyokong2 PH ia satu kemenangan besar. Buat mereka yg anti kpd rasuah ( korupsi ) ia satu berita gembira.
Seperti biasa Najib bila dibenarkan berucap di depan media dia akn membuat muka selamba seolah olah tidak bersalah sepertimana sebelum ini. Walaupun dia sendiri pernah mengaku berbelanja berjuta juta tanpa sedari ia bukan wang miliknya.
Yg saya sedikit sedih keputusan penting Najib ini beliau bukan bersama ahli keluarga terdekat. Berbeza dgn saudara Anwar... setiap hari anak2 dan isterinya akn hadir ke mahkamah dgn membawa bekalan makanan yg dimasak sendiri.
Ketika Anwar dibawa ke penjara anak2 melambai lambai dari belakang. Kawan dan penyokong Anwar tanpa disediakan bas setiap hari dtg ke mahkamah. Ingat lagi di hari keputusan mahkamah ramai penyokong Anwar dikejar dan ditembak air FRU semata mata utk menyuraikan mereka.
Selepas keputusan tadi...kata KJ UMNO kena move on. Tulisan KJ itu telah dikritik hebat penyokong kuat Najib... Lokman Adam. Tanya saya, kata2 KJ itu adalah tepat dan profesional tapi sayang dia telah disalah ertikan oleh pentaksub Najib. UMNO bukan milik Najib... tapi perjuangan UMNO itu milik semua ahlinya.
UMNO sebenarnya terpecah 3. Satu team & penyokong yg menyebelahi Hishamuddin yg kini ramai menyertai Bersatu. Satu team & penyokong pula yg berfikiran seperti Tok Mat dan KJ yg mahu UMNO melupakan Najib dan Zahid Hamidi serta move on. Satu team & penyokong bersama Najib dan Zahid.
Daripada 3 team itu... saya memilih team Tok Mat dan KJ adalah yg terbaik. Sb UMNO perlu lupakan Najib dan Zahid. Mereka perlu bebaskan parti dgn kepentingan peribadi pemimpin. Dari dulu saya katakan patutnya UMNO memilih KJ sebagai Presiden UMNO jika benar mahu pulihkan parti Melayu terbesar itu.
Tapi seperti dijangkakan corak pemikiran KJ dgn ahli2 UMNO jauh berbeza. Intelektual KJ sebenarnya sesuai dia berada di dlm PKR. Kenapa saya katakan PKR?
Sb dlm pemerhatian saya, PKR ahlinya rata2 golongan intelektual. Jika ada bangsa India sebagai ahlinya, ramai golongan profesional. Begitu juga jika ada bangsa Cina menjadi ahlinya ramai golongan profesional. Sebab itulah juga PKR menguasai Melayu bandar.
Hanya org bandar berfikiran intelektual yg boleh menerima wadah perjuangan PKR. Kita boleh bawa org kampung ke bandar tapi kita sukar utk mengubah pemikiran kampung mereka utk disesuaikan dgn cara berfikiran org bandar. Maksud saya jenis asal Melayu mencuri duit rakyat tak mengapa. Dgr lagu Anak Kecil Main Api menangis...
Next... sebentar tadi Zahid mengeluarkan kenyataan memaklumkan kpd ahli2 UMNO jika berlaku perubahan politik hendakah ahli2nya berlapang dada. Bermakna tidak mustahil UMNO akn tarik diri dari bersama PN kerana beranggapan TS Muhyiddin tidak campurtangan kuasa eksekutif membantu penghakiman ke atas kes Najib.
Sebab apa Zahid berkata demikian? Pertama kerana dia juga akan berhadapan dgn kes mahkamahnya. Kedua Najib Razak masih mampu dielakkan disumbat ke dlm penjara kerana proses rayuan akn mengambil masa berbulan bulan lamanya.
Jika kerajaan PN dijatuhkan Zahid percaya BN akan kembali sebagai kerajaan. Jadi peluang utk Najib dan dirinya terlepas dari hukuman lebih cerah. Ia perkara luar biasa di luar negara tetapi di negara kita jika kita ikuti tradisi ia tidak mustahil berlaku.
Dlm masa sama jika rakyat bijak atau PH bijak... ia boleh dijadikan bola tanggung utk menyedarkan rakyat...Lihat bagaimana UMNO dahulu kononnya bersama PN demi utk rakyat tapi hakikatnya mereka berbuat demikian hanya utk pemimpin2 mereka dilepaskan dari hukuman.
Menjadikan politik dan parti utk menjadi kaya raya di kalangan mereka menggunakan kuasa rakyat, utk melepaskan diri mereka dari hukuman pun menggunakan kuasa rakyat. Itu dari sudut politik di Malaysia yg dilihat lebih mudah memberi kefahaman kpd org2 kampung yg sentiasa ditipu pemimpin2 mereka.
Apabila Najib dijatuhkan hukuman ia menguatkan teori PN yg dikatakan dibelakangnya Tun mahukan Najib dan Zahid dinyahkan daripada UMNO. Kata2 Tok Mat meminta Muhyiddin kembali kpd UMNO itu bukan ajak2 kosong. Mesti ingat in politics, nothing happens by accident. If it happens, you can bet it was planned that way.
Apa akan jadi jika UMNO tarik diri menyertai PN? Saya yakin Muhyiddin akn bekerjasama dgn Tun. Tun akn membawa Amanah, DAP dan Warisan mengambil alih kedudukan UMNO utk kerajaan PN bertahan.
Tun tahu jika PRU berlaku, BN ada peluang utk kembali menerajui kerajaan. Jika Najib terlepas giliran Tun pula menanti... sekadar pandangan peribadi nak percaya boleh tak mahu pun tak mengapa.
Kenapa saya tidak menyebut PAS? Siapa yg menonton video Pasir Salak, bro Tajuddin memberitahu PAS tidak boleh dipercayai apabila Hadi Awang mengeluarkan kenyataan menyokong Tun dan kini Muhyiddin.
PAS bagi saya ia hanya sampah politik yg tak boleh dipercayai. Dulu sokong Ku Li, kemudian sokong Najib, lepas tu pergi dkt Tun dan skg pertahankan Muhyiddin. PAS tiada arah tuju utk pembangunan ekonomi dan kemajuan negara... mereka just jual agama ini seperti pemimpin UMNO jual nama bangsa utk jawatan mereka.
Lihatlah semua apa yg mereka bicara dulu kini sepi. Pelbagai alasan mereka utk tidak membuat apa yg mereka ucapkan selama ini. Dulu mereka gasak musuh politik mereka seolah olah tiada hari esok lagi.
Berbalik kpd soal UMNO...Kalau nak tahu itulah sebabnya beberapa pemimpin UMNO tidak bersetuju UMNO keluar PN terutama mereka yg kini berkedudukan Menteri. Mereka bimbang Tun, Warisan, Dap dan Amanah akn mengambil alih.
Apatah lagi mereka rasa terselamat kerana kerajaan tidak mengambil tindakan undang2 korupsi ke atas mereka. Jika sebaliknya berlaku bukan sahaja hilang kuasa tetapi kemungkinan kes mereka akan dibuka....
Sebab itu saya katakan mengapa LGE dan Mat Sabu setia dgn Tun. Mereka melihat option ini bukan sekadar PH Plus. Kes berlaku di Kementerian dan di PP barangkali memungkinkan keduanya terikat. Tak tahu la dgr kwan2 kata begitulah.
UMNO sendiri pun 'cuak' ( aku guna bahasa pasar senang org Melayu faham ) juga. Jika Zahid tarik sokongan kpd PN, adakah wajar mereka mengikut Zahid yg dilihat hanya ingin melepas tengkuknya sahaja hingga sanggup mengorbankan parti.
Jadi kita tunggu sahaja apa terjadi akan terjadi. Ia sekadar teori sahaja . Saya bukan Tuhan menentukan segalanya.... boleh percaya dan boleh menolak andaian saya.... Wasalam.