Pentas Angkatan Muda di Taman Medan, PJ






Pentas Angkatan Muda di Taman Medan, PJ

Terima kasih warga Taman Medan atas sambutan yang sangat baik terhadap penganjuran Pentas Angkatan Muda semalam.

Saya tegaskan bahawa anak muda harus mainkan peranan yang lebih baik dalam mencorak politik norma baharu yang lebih berprinsip dan berintegriti.

Rakyat khususnya anak muda telah muak dengan sikap pemerintah yang hanya mementingkan kepentingan mereka.

Rekod kerajaan negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang membuktikan bahawa Pakatan Harapan (PH) cakna kepada permasalahan rakyat dengan pelbagai inisiatif dilakukan untuk rakyat yang di bawah.

Ternyata PH merupakan medium terbaik dalam menterjemah aspirasi rakyat keseluruhan yang kini dihimpit pelbagai permasalahan ekoran kegagalan dan kelembaban kerajaan.

 

No comments: