Selepas bekas presiden ke penjara Umno akan dikenang sebagai apa?




 Umno yang memperkuat imejnya untuk konon kembali memerintah Malaysia dengan majoriti selesa selepas Pilihan Raya Umum ke 15 sebaiknya jangan terlalu kuat berangan angan.


Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik berkata, selepas bekas presiden parti tersebut masuk penjara dan isterinya didapati bersalah dalam skandal 'SolarMah' kebangkitan rakyat menolak rasuah menunjukkan momentumnya.


Mantan Menteri Pendidikan itu berkata demikian dalam ceramah Pentas Angkatan Muda di Taman Medan, Petaling Jaya malam tadi.


"Semalam orang tanya saya Umno akan dikenang sebagai apa?


"Saya kata, kita telah maju ke hadapan, Umno akan dikenang dengan satu perkara iaitu mereka adalah parti yang pertama (bekas) Perdana Menteri dan presidennya masuk penjara kerana rasuah.


"Ingat rakyat Malaysia, itu tercatat dalam sejarah dan kita akan kenang selama lamanya. Umno parti rasuah," kata Maszlee.


Mengenai isu pendidikan, Pengarah Pendidikan KEADILAN itu berkata, Pakatan Harapan (PH) mendengar rintihan para guru yang ketika ini tidak sanggup meneruskan tugas di bawah Menteri Pendidikan BN - PN dan sistem pendidikan Malaysia yang huru hara ketika ini.


"Guru mengeluh. Hakikatnya ramai guru yang berkira kira untuk bersara awal, tak sanggup lagi bekerja di bawah kerajaan yang tak guna ini.


"Tak sanggup lagi bekerja di bawah Menteri Pendidikan rambut belah tengah yang tak tahu buat apa. Kerjanya mansuh periksa itu, ini tak ada alternatif. Cikgu yang pening kepala terbeban 1001 kerja sehingga terabai keluarga di rumah


"Guru guru sekalian, saya menerima rintihan anda setiap hari, saya bersimpati dengan anda sekalian.


"Saya bersimpati dengan nasib anda, yang mana pada 2018 dan 2019 kita telah angkat para guru. Kita ringankan beban mereka. Kembalikan tugas hakiki demi mendidik anak anak kita, menjamin anak murid kita sebagai manusia.


"Tetapi malang, wabak Covid menghempap masyarakat, tetapi yang lebih teruk menghempuk dan menghenyak adalah kerajaan gagal BN - PN sehingga hari ini," katanya.


Justeru itu beliau mahu guru guru di Malaysia melakukan perubahan dalam PRU ke 15 dengan membenamkan BN atau PN.


Hanya dengan mengembalikan PH ke Putrajaya, katanya, nasib guru dan pendidikan Malaysia akan menjadi lebih baik.


"Guru guru kami dengar masalah anda. Kami akan angkat anda semula dengan syarat kita jatuhkan BN - PN yang ada pada hari ini.


"Kita akan pastikan (skandal) SolarMah (kes rasuah Rosmah Mansur) tidak akan berulang lagi di Kementerian Pendidikan," katanya lagi.