Kewibawaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini sekali lagi menjadi persoalan dan pertikaian selepas proses undian Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020.
Adakah kerajaan ini boleh bertahan hanya dengan 111 sokongan ahli Parlimen atau akan ada lagi episod sogokan dengan segala ugutan dan tawaran pangkat atau jawatan.
Pakatan Harapan (PH) tidak akan berundur dalam perjuangan sebaliknya akan terus mempertahankan mandat rakyat dengan semangat, kekuatan dan setiakawan baru.
PH juga bertekad untuk terus berusaha menjadi suara rakyat di Parlimen, sambil meneruskan ikhtiar mengembalikan mandat rakyat.
PH turut berpuas hati dengan alasan yang diberikan tiga orang ahli Parlimen yang tidak hadir semasa proses undian hari ini kerana sibuk dengan urusan Pilihanraya Negeri Sabah yang akan berlangsung kelak.
ANWAR IBRAHIM