KENAPA PH TIDAK SOKONG RUU LANGKAH-LANGKAH SEMENTARA PEMBIAYAAN KERAJAAN



FAEZUDDIN PUAD




Untuk makluman semua, RUU Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019(Covid-19)) 2020 berbeza dengan RUU Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan 2020).

Boleh rujuk RUU yang telah dibacakan, diluluskan dan bakal dibacakan di sini:


PH tidak menyokong RUU Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan 2020) kerana beranggapan ianya satu bentuk pembaziran. Sebagai contoh menubuhkan Kementerian baru yang melibatkan penambahan bilangan Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik.


 

Jumlah seluruhan anggota pentadbiran PN adalah 32 Menteri, 38 Timbalan Menteri, 32 Setiausaha Politik dan 2 Duta Khas bertaraf Menteri.

Boleh rujuk jumlah anggota pentadbiran kerajaan PN di sini: www.kabinet.gov.my
Sebagai perbandingan anggota pentadbiran kerajaan PH cuma melibatkan 28 Menteri dan 24 Timbalan Menteri dan 28 Setiausaha Politik.

Sebagai contoh lagi Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) ketika PH perintah telah dipecahkan kepada tiga kementerian iaitu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Menteri Alam sekitar dan Air.

Justeru, PH mempersoalkan apakah rasional penambahan peruntukan untuk penambahan anggota kabinet yang dirasakan tiada keperluan pada waktu ini.


 


Pada hemat PH, wang ini semua lebih wajar disalurkan untuk kepentingan rakyat dalam menghadapi wabak Covid-19 berbanding berbelanja untuk lantikan politik.

Oleh itu, dakwaan pihak tertentu mengatakan PH tidak sokong RUU terkait Covid-19 adalah tidak bertanggungjawab dan merupakan satu fitnah yang besar.

Sekian.





No comments: