𝕂𝔼ℕ𝔸ℙ𝔸 𝕋𝕀ℙ𝕌 𝕂𝔸𝕄𝕀 𝔻𝔸𝕃𝔸𝕄 ℍ𝕌𝔹𝕌ℕ𝔾𝔸ℕ ℙ𝔸𝕊-𝕌𝕄ℕ𝕆 - 𝔸ℍ𝕃𝕀 ℙ𝔸𝕊


Bob Kelanang

Ahli-ahli bawahan akar umbi Pas kini mula mempersoalkan secara terbuka hubungan politik antara Pas dan Umno. Ini adalah lantaran pendedahan Pengarah Penyelidikan Pas Pusat 𝘿𝙧. 𝙕𝙪𝙝𝙙𝙞 𝙈𝙖𝙧𝙯𝙪𝙠𝙞 bahawa beliaulah antara yang mengusahakan dari tahun 2011 lagi agar Pas dan Umno bersatu. Setiausaha Agung Pas, 𝘿𝙖𝙩𝙤' 𝙏𝙖𝙠𝙞𝙮𝙪𝙙𝙙𝙞𝙣 𝙃𝙖𝙨𝙨𝙖𝙣 pula mendakwa beliau menggerakkan usaha penyatuan Pas dan Umno sejak 2015 atas arahan Presiden Pas, Hadi Awang.
“Kami sekarang keliru. Sekarang kita akhirnya mengaku usaha menyatukan Pas dan Umno dah lama dah. Sejak 2011. Masa tu Tok Guru Nik Aziz masih hidup. Tok Guru pulak kita pun tahu menentang keras penyatuan Pas dan Umno. Jadi adakah tuduhan PAN (Parti Amanah) kepada kita selama ini betul dan bukannya fitnah?” kata seorang ahli PAS Abdul Karim Mahussin, 58, ketika ditemui di Kota Bharu.

“Sekarang puak PAN tu dah bersorak gembira sebab ternyata yang mereka kata selama ni adalah benar dan pimpinan kita (PAS) yang duduk nafi selama ini tu bercakap tidak benar dan menipu arwah Tok Guru dan seluruh Ahli PAS. Selama ni kita kata geng Mat Sabu dan Husam ni dok fitnah kata PAS nak bersatu dengan Umno. Rupa-rupanya memang ia adalah betul.

Kenapa begitu sekali jadi? Kalau nak bergabung dengan Umno sejak dulu, kenapa tak bawa dalam muktamar masa tu. 2011 Tok Guru Nik Aziz ada lagi. Sanggup mereka ini menipu sampai mati Arwah Tok Guru Nik Aziz.

Bawalah usul masa tu ke muktamar jika benar dan berani sebagai anak jantan. Bincang  kat situ dan buatlah keputusan. Ni sampai pecah parti, balah sama sendiri ahli PAS. Sebab ada yang duduk berunding dalam gelap dan sedap makan pitih.

Tapi Pimpinan (PAS) pulak dok nafi. Kita ahli di bawah ni terpinga-pinga macam bodoh sangat . Kita sekarang, bila jumpa dengan puak PAN ni malu muka berasa sebab memang betul rupanya lama dah ada usaha Pas nak bersama dengan Umno dan duduk  tidur sekali” Ujar beliau lagi.

Rakan beliau pula, Mohtar Said, 50 yang ahli PAS sejak puluhan tahun lagi, memang terasa bodoh sangat dan tertipu dengan mainan pemimpin PAS setelah ketiadaan Arwah Tok Guru Nik Aziz.

"Umno ni musuh kita (PAS)  lama dah... Apa yang dia (Umno) tak buat kat kita orang-orang PAS ni. Yang kerja kerajaan kena tukar ke hulu dabong. Tanam padi takleh bantuan Baja dan mace mace lagi... Tanam getah takleh bantuan, memang sengaja menyusahkan ahli PAS... sampa ada yang bercerai dan sanggup mati... Tiba-tiba pimpinan nak suruh kita duduk sekali macam tak ada apa-apa yang berlaku. Mintak maaflah, saya tak boleh terima ke arah tu... apatah lagi Hadi Bewok sanggup menipu kami dan Arwah ( Tok Guru Nik  Aziz )” Kata Mokhtar.

“Pimpinan (PAS) janganlah buat kami ahli di bawah ni macam tak ada nilai, sesuka hati demi perut mereka. Kami pun ada harga diri. Di Kelantan sebelum ni, kami sanggup bergaduh dengan puak PAN tu kerana tuduh kami khianat perjuangan Tok Guru dan dah nak baik dengan Umno. Kami lawan puak PAN ni pilihanraya umum baru ni bermati-matian.

Kami percaya bila Ustaz Nik Amar kata hanya orang bodoh percaya PAS nak bersatu ( bergabung ) dengab Umno. Akhirnya,  rupa-rupanya semua berita tu betul, apatah lagi diakui oleh pimpinan tertinggi PAS hari ini. Kecewa lah kami macam ni.” Ujar beliau bagi menutup perbincangan.