PENGALAMAN BERSAMA ANGGOTA AL MAUNAH DI PENJARA PENGKALAN CHEPA



Ahmad Shauqey Abdul Hamid


Image may contain: 13 people, text that says "16 anggota Al-Ma unah dihukum penjara sepanjang hayat NASRUDDIN MOHD JAILANI AHMAD SARKAWI SULONG MOHD ZAINI MOHD MOHDZAINAL ZAINAL ABDUL GHANI ALI AHMAD BRAHIM DRIS JEMARI EMARIJUSOH IDRISANAS DRIS ANAS MOHD AMIN OTHMAN HABULLAH KAMARUDDIN MUSTAFAR YUNUS HUSSIN CHE SABRI CHE JAAFAR MAHMOOD MOHD FAUDZI HAMDAN MOHD BUKHARI ISMAIL ZAINAL MOHD JAILAN"

1. Hari ini saya mendapat berita tentang pembebasan beberapa rakan daripada hukuman penjara sepanjang hayat. Tahanan Al Maunah.

2. Kebetulan saya berpeluang untuk duduk bersama dengan mereka dalam beberapa waktu di penjara Pengkalan Chepa.

3. Pada awalnya saya ditahan di sel biasa. Tetapi mungkin akibat aktiviti saya yang mengutip aduan rakan rakan banduan, menyebabkan pihak penjara marah kepada saya. Kemudiannya saya dikurung seorang diri, dan tidak dibenarkan bergaul dengan banduan lain.

4. Di dalam blok kurungan baru ini, walaupun kawalannya ketat,  peliknya ada masa saya ditemui oleh beberapa banduan yang lain, termasuklah dua anggota Al Maunah.

5. Entah macamana mereka boleh bertemu saya, mungkin atas ihsan pegawai penjara yang bersimpati, yang membenarkan banduan hayat ini bertemu dengan saya.

6. Terdapat dua anggota Al Maunah yang sempat saya berbual. Seorang dari Pasir Puteh, manakala seorang lagi dari Machang.

7. Saya mendengar versi kisah mereka. Selepas itu saya beri komitmen untuk membantu mereka mendapatkan keadilan.

8. Apabila dibebaskan dari penjara. Saya mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak tentang teori konspirasi kerajaan berkenaan operasi Al Maunah dan juga usaha pembebasan  mereka dari hukuman penjara sepanjang hayat.

9. Salah satu usaha terpenting yang saya lakukan adalah membuat satu soalan parlimen berkenaan anggota Al Maunah. Soalan tersebut dijawab oleh kerajaan, walaupun ianya tidaklah memuaskan hati dan fikiran saya.

10. Namun dengan pembebasan mereka pada hari ini, saya bersyukur, kerana sekurang2nya mereka ini dapat kembali bersama keluarga mereka, menikmati kebebasan dan lebih memahami erti keadilan.