Pas ingatkan jangan ada sikap tidak endahkan parti Bersatu

Pas ingatkan jangan ada sikap tidak endahkan parti Bersatu

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria mengingatkan supaya jangan ada sikap tidak mengendahkan parti Bersatu.

Ini kerana kata beliau, asal parti itu adalah sebagai komponen kerajaan, namun bertindak keluar dari Pakatan Harapan dan bersama dalam gabungan baharu membentuk kerajaan.


Dakwa beliau, tindakan Bersatu itu kerana menyedari wujudnya ancaman kepada kestabilan dan keadaan tidak teratur kepada masa depan negara dalam Pakatan Harapan, sebaliknya melihat adanya asas teguh untuk bersama penyatuan ummah.

Oleh itu tegas Razman, umat Melayu-Islam mesti bersatu jangan sesekali meminggirkan Bersatu walaupun datangnya kemudian dalam Muafakat Nasional, bahkan diperlukan untuk bersama-sama.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu menjelaskan,
penyatuan ummah tidak membawa makna jika hanya berlaku antara Pas dan Umno.

Ini kerana katanya ia sepatutnya mengikat seluruh umat tanpa perlu ada perbezaan parti sebagaimana dilakukan Nabi dan dituntut Islam.


“Oleh itu keputusan Bersatu menyertai Muafakat Nasional mesti dialu-alukan,” katanya seperti dipetik daripada Harakahdaily.

No comments: