Najib: Awak dah jadi cybertrooper, tak tahu apa yang diundi, spin sahaja

Najib: Awak dah jadi cybertrooper, tak tahu apa yang diundi, spin sahaja


Bekas Perdana Datuk Seri Najib Razak didakwa cuba untuk memutarbelitkan penentangan Pakatan Harapan (PH) dan lain-lain pihak terhadap usul perbelanjaan tambahan semalam dengan berkata ia bertujuan menyekat bajet prihatin kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk membantu rakyat.
Padahal, kata ahli parlimen Segambut, PH tidak menyokong bajet ini kerana ia bagi meluluskan perbelanjaan bagi menambah bilangan menteri/timbalan menteri yang begitu banyak.
“Ini bukan bajet Covid-19. Kita tidak sokong penambahan Menteri/Timbalan Menteri yang begitu banyak,” kata Hannah Yeoh menerusi twitter beliau bagi membidas Najib.
Hannah mengepilkan hansard (catatan mesyuarat) Parlimen bertarikjh 13 Ogos 2020 yang memaparkan bunyi usul yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdulllah yang antaranya berbunyi:
“… penyusunan semula fungsi kementerian ini selaras dengan pewujudan Kabinet baharu pada 10 Mac 2020 yang bertujuan memperkemaskan lagi organisasi dan fungsi kementerian-kementerian terutamanya dalam memberi tumpuan kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih berfokus dan berkesan, cekap, peduli rakyat, telus dan berintergriti.”
Huraian terhadap RUU Perbekalan Tambahan yang jelas menunjukkan ia untuk perbelanjaan bagi kementerian yang baru diwujudkan.
Usul ini telah diundi secara belah bahagi dimana 111 telah menyokong manakala 106 Ahli Parlimen lagi menentang usul ini.
Ekoran penentangan terhadap usul ini, Najib telah menulis melalui facebook beliau, “Siapakah yang berpakat hari ini untuk cuba gagalkan bajet Prihatin kerajaan PN untuk bantu rakyat dan selamatkan ekonomi pada masa krisis Covid-19.”
Tan Sri Muhyiddin telah membentuk 32 portfolio dan telah melantik 38 timbalan menteri. Tujuh kementerian mempunyai dua timbalan menteri.
Kabinet ketajaan PH pimpinan Tun Dr Dr Mahathir Mohamad pula hanya mempunyai 27 menteri, yang mana Dr Wan Azizah Wan Ismail memegang dua portfolio. Mahathir pula melantik hanya 26 timbalan menteri.
Usul perbelanjaan tambahan ini dikemukakan bagi membelanjakan wang untuk membiayai kabinet yang bersais besar ini sehingga ditolak oleh 106 MP termasuk dari PH, Warisan dan kumpullan Tun Dr Mahathir.

No comments: