Rais Yatim dirasuk perasaan
MSO
Rais Yatim dedah Dr Mahathir mengubah pendirian dalam tempoh 24 jam. Rais merujuk kepada apa yang berlaku bulan Februari lalu menjelang pengkhianatan ke atas kerajaan PH. Kata Rais mulanya Dr Mahathir setuju Muhyiddin jadi perdana menteri, kemudian persetujuan itu ditarik balik.
Apa guna dan tujuannya Rais mendedahkan “rahsia” itu setelah enam bulan berlalu. Ianya tidak bermaksud lain untuk menggambarkan sikap dan pendirian Mahathir yang tidak tetap dan seorang yang tidak boleh dihormati.
Saya nak tanya, apa kurangnya dengan Rais Yatim yang sebelum ini juga telah mengubah pendirianya beberapa kali. Kisah tindakannya membakar jambatan untuk mengelakkan dia akan kembali ke semula ke dalam Umno sudah jadi cerita klasik mengenai Rais Yatim.
Apa jadi kesudahan akhirnya dengan jambatan dibakar itu? Bukankah dia kembali semula ke dalam Umno? Sebelum ini semasa Mahathir jadi PM dia berada dibelakang Mahathir, dan hari ini di tempelak Mahathir. Dialah juga orang yang mendorong Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan Semangat 46, dan dialah juga yang menasihati Tengku Razaleigh membubarkan parti Melayu itu. Bila S45 dibubar dia kembali ke dalam Umno dan jadi anggota kabinet Tengku Razaleigh ditinggal keseorangan di stesen bas.
Itulah manusia Rias Yatim ini.
Mengubah pendirian dalam tempoh 24 jam tidak banyak beza dan moral dan tengitnya dengan ubah pendirian dalam tempoh lebih 24 jam. Rais sudah beberapa kali mengubah pendirian, sampaikan dia sudah jadi macam tapai busuk yang memabukkan. Cis. Basa menate.
Mengubah pendirian dalam tempoh 24 jam tidak banyak beza dan moral dan tengitnya dengan ubah pendirian dalam tempoh lebih 24 jam. Rais sudah beberapa kali mengubah pendirian, sampaikan dia sudah jadi macam tapai busuk yang memabukkan. Cis. Basa menate.
Trims.