Lip Eng tuntut Utusan mohon maaf jika gagal jelaskan laporan berat sebelah


Lidah rasmi UMNO, Utusan sehingga kini masih belum memberi sebarang penjelasan berhubung siaran sebuah laporan berat sebelah yang dilihat sebagai percubaan untuk memburuk-burukkan imej pemimpin DAP di portalnya dua hari lalu.

Dalam laporan berkenaan, Utusan mendakwa dua Ahli Parlimen DAP iaitu Lim Lip Eng (Kepong), Tan Kok Wai (Cheras) dan seorang dari STAR, Jeffrey Kitingan (Keningau) tidak memakai pakaian istiadat pada hari pembukaan Penggal Kedua Majlis Parlimen Ke-14.

Namun, laporan berkenaan tidak menyebut nama Ahli Parlimen lain yang turut tidak mengenakan pakaian rasmi tersebut antaranya Abdul Hadi Awang (Marang), Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) dan Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong).

“Sekiranya Utusan tidak dapat menjelaskan agendanya menerusi kewartawanan yang tidak profesional dan berat sebelah itu, saya menuntut Utusan memohon maaf kepada Tan Kok Wai, Jeffrey Kitingan dan saya,” tegas Lip Eng dalam kenyataan hari ini.

Lip Eng dalam kenyataan sebelum ini mempersoalkan niat Utusan yang menyiarkan laporan berat sebelah itu. 

No comments: