"melantik orang kafir sebagai pemimpin kepada orang Islam".



Che Ibrahim Mohamed






 Menjadikan atau memilih orang bukan Islam sebagai wakil rakyat atau melantik mereka sebagai menteri bagi jawatan tertentu tidak termasuk dalam bab larangan Allah "melantik orang kafir sebagai pemimpin kepada orang Islam".

Sebagai wakil rakyat atau menteri, apalagi Ketua Jabatan tertentu tidak mempunyai kuasa mutlak untuk memutuskan hal ehwal orang Islam lebih lebih lagi negara kita telah menjadikan Raja Raja Melayu sebagai Ketua Agama. Maknanya orang bukan Islam tidak ada kuasa mutlak untuk mengurus orang Islam.
Jauhilah sifat takfir yang bukan sahaja boleh membawa porak peranda dalam masyarakat, bahkan boleh membatalkan aqidah dan iman kerana mentafsir al Quran secara salah.


No comments: