Lepas ni, panggilan Haji tak ikut siapa yang register awal. Tetapi....





 Zahiruddin Saruji

 
Lepas ni, panggilan Haji tak ikut siapa yang register awal. Tetapi....
.... based on siapa yang dah cukup syarat dan sedia nak pergi.
Kalau sebelum ni, TH buat giliran panggilan haji berdasarkan "first come, first serve", lepas ni dah tak macam tu.
Berdasarkan artikel, banyak kuota terbazir bila yang dipanggil menolak sebab tak cukup duit.
3 ciri diperkenalkan untuk panggilan haji
- minimum simpanan dalam TH 15,000
- sihat
- bersedia untuk pergi
Makna kata... Kalau dah register awaaaalllll dulu, tapi dalam akaun masih 1,300, maka kebarangkalian dipilih akan rendah berbanding yang register lewat tapi duit simpanan dalam akaun dah lebih 15,000.
Tetapi..........
Ia belum lagi muktamad semuktamadnya.
TH juga masih meneliti mekanisme yang terbaik untuk mengimbangi faktor pemilihan supaya yang dah register awal tidak diketepikan apabila sistem penggiliran ini dilaksanakan.
Jadi, bagi kita yang dah tahu ni, simpanlah siap-siap amaun lebih 15,000 dalam TH. Doalah supaya kita terpilih.



No comments: