NI SANUSI. BETOI LA HANG KATA DIA TAK PERNAH MISKIN. TAPI HANG YANG PERNAH MISKIN MAI KERJA KONTREK JADI PECACAI CINA PUN HANG TAK BOLEH BANTU PETANI NEGERI HANG. TAKAT HANG SEMBANG JA .



 "Tak perlu sembang kemiskinan. Hang tak tau apa!" Begitu bongkak dan terdesaknya Mat Badut (MB) Kedah perkecilkan usaha PM DS Anwar membasmi kemiskinan.


Ini kerana, menurut MB Kedah itu, DS Anwar adalah anak pemimpin UMNO dan pernah belajar di MCKK. Maka DS Anwar tak pernah hidup miskin dan faham penderitaan orang miskin.


Mungkin Sanusi nak tunjuk kononnya dia lebih tahu derita kemiskinan sebab dia pernah miskin. Pernah makan nasi dengan air garam dan telur belah lapan, seperti yang pernah diceritakan.


Tapi untuk memahami kemiskinan ni tak perlu jadi miskin dahulu. Apa yang perlu adalah sekeping hati yang tulus, jujur dan ikhlas. Sekiranya seseorang itu ikhlas, dia akan memahami.


November 1974, umur Sanusi baru beberapa bulan. Apa yang Sanusi tahu tentang kemiskinan? Tapi anak orang kaya yang Sanusi hina itu rela dipenjara kerana memimpin demonstrasi memperjuang nasib  petani miskin waktu itu.


Orang yang Sanusi tuduh bukan tahu apa tentang kemiskinan itu juga yang tubuhkan Yayasan Anda untuk membantu anak Melayu yang keciciran dalam pelajaran agar tak ketinggalan.


Hingga hari ni, selepas menjadi PM, DS Anwar tak pernah gagal mengingati orang miskin terutamanya petani dan pesawah. Antara yang pertama beliau buat adalah dapatkan dana konglomerat bagi bantu pesawah miskin.


Malah Kementerian Ekonomi juga dah melancarkan beberapa inisiatif untuk membantu rakyat terutama B40 untuk membina kerjaya dan menceburi bidang perniagaan. Itu yang tak tahu apa?


Jadi Sanusi sebagai orang yang kononnya sangat faham soal kemiskinan, dah buat apa untuk orang miskin? Selain dari mengarut, gebang, apa lagi yang Sanusi pernah buat? Tiada!


Malah Mahiaddin, calon PM yang Sanusi sokong, masa jadi PM 17 bulan dulu, berapa banyak yang dia dah tolong orang miskin? Tiada! Tapi dia jadikan orang miskin tu banyak.


Hadi pula, Presiden parti Sanusi, dah berapa ramai orang miskin yang dibantu? Juga tiada! Yang terjadi cuma Hadi ambil gaji tanpa buat kerja. Sedangkan gaji tu boleh dilaburkan dalam program membantu naiktaraf hidup rakyat miskin.


Sebenarnya dah malas nak ulas cakap Mat Badut ni. Tapi kalau dah keterlaluan, aku tak boleh terus berdiam diri. Sebab cakap dia umpama wahyu bagi walaun. Biar salah tetap disebar.


Kebenaran mesti diungkapkan. Sanusi dan PAS/PN tak ada pun lagi jasa yang boleh dibanggakan bagi membantu orang miskin. Tapi tergamak hina tokoh sehebat DS Anwar yang ketepikan kepentingan diri demi rakyat miskin. Dasar sampah. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


No comments: