Portal dedahkan Timbalan Menteri PN lantik adik, anak saudara dalam kementerian

Portal dedahkan Timbalan Menteri PN lantik adik, anak saudara dalam kementerian
Seorang timbalan menteri Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipercayai melantik adik dan anak saudaranya untuk jawatan penting di sebuah pejabat kementerian.
Timbalan Menteri itu melantik adiknya sebagai setiausaha sulit yang dipertanggungjawabkan untuk membantunya dalam kerja di peringkat kementerian dan kawasan Parlimen, lapor Malaysia Post.
Walau bagaimanapun, setiausaha sulit tersebut melantik anaknya sebagai setiausaha sulit kanan (SUSK) kepada timbalan menteri itu.
Kelayakan akademik SUSK itu difahamkan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi mendapat lantikan Gred 52 di kementerian itu.
Malah, ketua Jabatan dan ketua pengarah di kementerian tersebut dikatakan tidak berpuas hati dengan pelantikan SUSK berumur 21 tahun itu.
SUSK itu juga dikatakan beberapa kali memberi arahan tertentu kepada jabatan untuk kepentingan peribadinya.
Turut didakwa terdapat beberapa ‘kes’ melibatkan SUSK itu berlaku di luar pengetahuan timbalan menteri terbabit.


No comments: