Makna assabiyah sebenarnya
Makna ASSOBIYYAH yg sebenar…
Malang dalam dunia aliran buta fakta, celik lambang puak dan kumpulan, berpendirian bagi mereka diukur dengan Kesetiaan kepada Parti atau Kumpulan atau Bangsa atau Mazhab, sekalipun ternyata dalam perkara yang silap atau salah.
Terus setia tanpa bantahan sekalipun atas kesalahan dianggap sebagai istiqamah atau teguh pendirian.
Sementara sesiapa yang menyokong atau mengkritik pandangan-pandangan pemimpin atau tokoh berdasarkan fakta dan alasan yang dikemukakan dianggap tidak berpendirian.
Paksi kebenaran (Haq) bagi mereka adalah tokoh, kumpulan, puak, parti bukan fakta dan alasan. Inilah ASSOBIYYAH yang sebenar.
Nabi s.a.w pernah bersabda:
“..Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”.
(Riwayat Muslim, al-Nasai dan Ibn Majah).
Allah Ta’ālā berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ لِلّهِ شُهَدَاء بِالْقِسْطِ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلاَّ تَعْدِلُواْ اعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil.
Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil.
Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(QS. Al-Māidah)
(QS. Al-Māidah)
Termasuk keadilan yang sangat utama adalah mengatakan kebenaran sebagai kebenaran dan menerimanya. Dari manapun datangnya. Sekalipun dari musuh dan orang yang dibenci.
Serta mengatakan kesalahan sebagai kesalahan dan menolaknya. Dari manapun datangnya. Sekalipun dari sahabat dan orang yang dicintai.
Demikianlah manhaj dan sunnah Nabi beserta para Sahabat.
Inilah keadilan yang mungkin sangat sulit direalisasikan pada zaman ini, dimana semangat fanatisme kelompok (hizbiyyah) tengah melanda banyak kaum muslimin.
:حدثنا أبو بكر بن أبي شيبة حدثنا زياد بن الربيع اليحمدي عن عباد بن كثير الشامي عن امرأة منهم يقال لها فسيلة قالت سمعت أبي يقول سألت النبي صلى الله عليه وسلم فقلت يا رسول الله أمن العصبية أن يحب الرجل قومه قال لا ولكن من العصبية أن يعين الرجل قومه على الظلم
Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadith) bertanya:
Wahai Rasulullah, adakah dianggap assobiyyah, puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya?
Wahai Rasulullah, adakah dianggap assobiyyah, puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya?
Jawab Baginda s.a.w.:
Tidak, tetapi assobiyyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman.
(hadith riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya)