Pas salahkan DAP isu ceroboh tanah di negeri BN

Pas salahkan DAP isu ceroboh tanah di negeri BN
Bendahari Pemuda Pas Malaysia, Roslan Md Esa memberi amaran tegas kepada DAP, supaya tidak bersikap biadap dan mengusik sembarangan hak orang Melayu di negara ini.
“Jangan cabar hak dan kedaulatan tanah air ini, jangan cabar kami! Kerana orang Melayu pantang dicabar,” ucap beliau dalam nada tegas.
Beliau berucap demikian dalam Himpunan Anti Pencerobohan Tanah Haram dan Penentang Tulisan Jawi di perkarangan Rest House Raub, Pahang anjuran Gabungan Pertubuhan Melayu Islam Raub yang diadakan 3 september lalu.
Isu pencerobohan tanah haram di Raub oleh pengusaha durian Musang King mula mendapat liputan media tempatan susulan pada 28 Ogos lalu seramai 111 pengusaha kebun berjaya mendapat Perintah Pergantungan Sementara terhadap notis pengosongan tanah kebun dan pajakan.
Perintah berkenaan dimohon selepas pada 1 Ogos lalu kerajaan Negeri Pahang mula bertindak tegas untuk menangani kegiatan aktiviti pertanian secara haram dengan mengeluarkan notis pengosongan tanah kebun dan pajakan kepada penceroboh.
Pencerobohan yang dilakukan sejak sepuluh tahun lalu menyebabkan kerajaan negeri kerugian hampir RM30 juta daripada cukai hasil melibatkan tanah seluas 4,400 hektar membabitkan Hutan Simpan Gunung Benom, sekitar Sungai Ruan, Sungai Chalit serta Tranum dan Tras.

No comments: